Peguam dedah kenapa langgar orang sampai mati tapi bebas tak kena tangkap? Polis dah kena bayar ke?

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Kenapa langgar orang sampai mati tapi dapat bebas? Dia bebas dengan jaminan polis, bukan maksud bebas terus.

Dia dibebaskan sementara Polis cukup bukti, dan sementara kertas siasatan dibawa ke Pejabat Pendakwaraya.

Kenapa ada orang kena reman, ada orang tak kena?

Peguam dedah kenapa langgar orang sampai mati tapi bebas tak kena tangkap? Polis dah kena bayar ke?

Sebab reman adalah penahanan untok pihak Polis lengkapkan bukti dan kertas siasatan. Selagi belum lengkap, selagi itulah orang itu direman.

Kalau dah lengkap, contohnya dashcam pun jelas, saksi pun ada buat report, maka polis boleh lepaskan sementara suspek tu sampailah suspek dituduh di Mahkamah.

Jadi, ada orang, tak kena reman sebab bukti dan keterangan dah cukup tanpa pihak polis tahan suspek lagi.

Ada orang, masih kena reman sebab ada lagi maklumat yang pihak polis inginkan daripada suspek.

Senang lah lepas sebab ada kad OKU kan?

Bila masa pula ada kad OKU boleh lepas?

OKU macam mana pun, dia takkan dilepaskan. Ada kad OKU ni, tak membantu banyak pun nak terlepas tuduhan/hukuman, lebih-lebih lagi jika tuduhan tu takda kena-mengena dengan kekurangan yang dia ada.

Sebab dia bangsa lain, mudah lah dia dilepaskan, betul tak?

Kalau anda berada dalam dunia perundangan, sebenarnya benda ni tak betul sama sekali.

Kalau ada duit, semua settle, betul?
Wallahuaklam. Bukan senang-senang hakim nak buat keputusan.

Sebab kalau dia buat keputusan berdasarkan duit, kes tu akan dirayu, dan mahkamah lebih tinggi akan check apa-apa kejanggalan dalam keputusan hakim tu.

Kalau terbukti ada unsur penyalahgunaan kuasa, memang masak hakim tu.

BACA: “Kerana mengidam, aku minta suami belikan roti canai pukul 1 pagi, cara suami respon buat aku rasa nak cerai”