Peguam dedah cara saman tunang yang batalkan majlis perkahwinan

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

Seseorang individu boleh mengemukakan saman terhadap tunang atau pasangannya jika mereka membatalkan majlis perkahwinan pada saat akhir.

Perkara ini dijelaskan oleh seorang peguambela dan peguamcara yang dikenali sebagai Lawyer Gandhi di TikTok.

Bagaimanapun, perlu ada perjanjian yang jelas antara kedua pasangan tersebut untuk berkahwin,

contohnya, kedua-dua belah pihak sudah menghantar kad jemputan kepada tetamu.

“Antara ganti rugi yang boleh dituntut adalah semua perbelanjaan bagi pertunangan dan juga bagi persiapan perkahwinan.

Peguam ini cara saman tunang batalkan majlis perkahwinan ramai nak tahu

“Ini termasuk pemulangan mas kahwin dan juga apa-apa hantaran,” katanya.

Tambah peguam tersebut, perjanjian pemungkinan untuk berkahwin boleh dituntut di bawah Mahkamah Syariah dan juga Mahkamah Sivil bagi yang bukan Islam.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah seorang pengantin lelaki yang dikenali sebagai Adam, yang terpaksa melalui hari yang sangat menyedihkan apabila bakal permaisuri hatinya membatalkan majlis perkahwinan mereka pada saat-saat akhir.

Kisah yang dikongsi melalui akaun TikTok @ibumateenanaqi menyaksikan majlis kahwin yang diadakan di sebuah dewan terpaksa dibatalkan di saat akhir dan digantikan dengan majlis doa selamat.

Adam dalam satu siaran langsung malam tadi berkata majlis pernikahannya dibatalkan di saat akhir kerana berpunca daripada pihak ketiga.

Bagaimanapun, katanya, pembatalan keseluruhan majlis yang dianggarkan berjumlah RM31,000 itu sudah diketahui pada awal September lalu.

BACA: Bakal terima menantu baharu, ini latar belakang bakal menantu Tunku Azizah