Seorang Penolong Pegawai Perubatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini
Atas dua pertuduhan amang seksual terhadap anak saudaranya yang berusia 14 tahun, April lalu.
Tertuduh yang berusia 31 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.
Berdasarkan kertas pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah meminta mangsa menjilat kemaluannya,
manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh telah memeluk, meraba dan memasukkan kemaluannya ke dalam kemaluan mangsa.
Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di kediaman keluarga tertuduh di Kuarters HSA, pada pukul 1.20 pagi, 20 April lalu.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan, serta syarat tambahan iaitu dilarang mengganggu saksi atau mangsa, selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.
Siti Noraida turut menetapkan tarikh 22 November depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
BACA: Tembelang seorang isteri bertindak ‘memadukan’ suaminya terbongkar apabila suaminya..