Pegawai HR dedah jenis resume redflag, tak habis baca terus kena reject

Oleh AHMAD SULAIMAN

Ramai yang beranggapan mencari kerja adalah perkara yang mudah dan tidak memerlukan kemahiran khusus.

Pemahaman sebegini menyebabkan segelintir pencari kerja mengambil jalan mudah dalam banyak perkara, termasuk dalam penulisan resume.

Menurut perekrut dan jurulatih kerjaya, Farid Affy, sikap sambil lewa seperti ini menyebabkan

calon-calon pekerjaan akan ditolak oleh bakal majikan tanpa perlu meneliti keseluruhan resume mereka.

“Farid, pernah tak kau jumpa pencari kerja yang ada ‘red flag’ (tanda amaran)?

Pegawai HR dedah jenis resume redflag, tak habis baca terus kena reject

Ada beberapa perkara yang aku anggap sebagai ‘red flag’ dan aku akan abaikan calon berkenaan. Pertama, alamat emel yang tidak profesional, contohnya [email protected].

“Seterusnya, subjek yang tidak lengkap dan yang paling teruk, dibiarkan kosong. Janganlah macam tu, kawan. Baris subjek ini sangat penting kerana ia yang akan menarik perhatian orang untuk membaca emel tersebut,” jelas Farid di Threads.

Farid berkata penulisan subjek itu sebenarnya mudah sahaja, hanya perlu menulis nama jawatan yang dipohon dan nama anda.

“Paling teruk bila dalam badan emel langsung tiada sebarang tulisan, kosong dan tambah teruk lagi bila ada nota ‘sent from my iPhone’ (dihantar melalui iPhone).

“Jangan guna bahasa yang tidak profesional. Pandangan pertama sangat penting kerana ia boleh memberi impak besar sepanjang hidup. Dah banyak kes viral tentang pencari kerja yang menggunakan bahasa tidak profesional,” tambahnya.

Dalam hantaran lain, Farid turut berkongsi pandangan tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika menghadiri temuduga.

“Yang perlu dilakukan adalah kaji latar belakang syarikat, budaya, dan skop kerja jawatan yang dipohon. Pilih pakaian yang sesuai dengan gaya syarikat seperti formal atau smart casual.

Bertanya soalan mengenai jawatan tersebut untuk menunjukkan minat. Jangan lupa berterima kasih selepas temuduga selesai.

“Yang tidak boleh dilakukan adalah jangan datang lewat, elakkan bercakap buruk tentang majikan terdahulu, jangan menipu mengenai pengalaman yang ada dalam resume, jangan memotong percakapan penemuduga dan pastikan telefon bimbit dalam keadaan senyap sepanjang temuduga,” katanya.

BACA: ‘Komputer riba punca mak dan ayah aku bercerai, mak jumpa benda yang tidak sepatutnya ada dalam komputer ayah’