Pegangan saham keluarga diraja Johor dalam U Mobile meningkat 8.5%

Oleh AHMAD SULAIMAN

Keluarga Diraja Johor dijangka menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat telekomunikasi U Mobile,

Berikutan keputusan ST Telemedia dari Singapura untuk menjual sebahagian besar pegangan sahamnya kepada Mawar Setia Sdn Bhd.

Selepas urus niaga ini, yang diumumkan semalam, pegangan ST Telemedia dalam U Mobile akan berkurangan

Daripada 48.25 peratus kepada 20 peratus. Sebanyak 28.25 peratus saham yang dilepaskan akan diambil alih oleh Mawar Setia.

Mawar Setia adalah syarikat yang dimiliki 70 peratus oleh taikun perniagaan, Vincent Tan, dan 30 peratus oleh Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, anakanda kepada Sultan Johor.

Pegangan saham keluarga diraja Johor dalam U Mobile meningkat 8.5%

Selepas transaksi ini, Tunku Aminah akan memegang 8.5 peratus pegangan efektif dalam U Mobile, manakala ayahandanya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, memiliki 22.3 peratus saham dalam syarikat tersebut.

Secara keseluruhan, gabungan pegangan Sultan Ibrahim dan Tunku Aminah akan mencapai 30.8 peratus, menjadikan mereka pemegang saham terbesar dalam U Mobile.

Vincent Tan pula memiliki 19.8 peratus pegangan melalui Mawar Setia, dengan jumlah keseluruhan pegangan beliau dalam U Mobile, termasuk pemilikan manfaat melalui Berjaya Infrastructure dan U Telemedia, dianggarkan sekitar 22.2 peratus. Selain itu, anak saudaranya, Diana Tan, memiliki 0.28 peratus saham dalam syarikat tersebut.

Penyusunan semula pemilikan ini berlaku selepas ST Telemedia bersetuju untuk mengurangkan pegangan sahamnya dalam U Mobile.

Langkah tersebut diambil selepas syarikat itu dilantik sebagai pengendali rangkaian 5G kedua di Malaysia, dengan matlamat mengurangkan pemilikan asing dalam syarikat telekomunikasi itu.

BACA: Difitnah ada masalah rumahtangga, respon pedas Elfira Loy buat ramai tersentak