PBS dan STAR berisiko hilang keyakinan pengundi dengan pelantikan Pas

PBS dan STAR berisiko hilang keyakinan pengundi dengan pelantikan Pas

Gabungan Rakyat Sabah mungkin hilang sokongan sebahagian besar komuniti Kadazan Dusun Murut (KDM) selepas pelantikan seorang ahli PAS sebagai Adun lantikan, kata penganalisis.

Kerusi KDM dilihat penting dalam kemenangan GRS pada pilihan raya negeri baru-baru ini, dengan STAR dan PBS menyumbang sepertiga daripada jumlah kerusi yang dimenangi gabungan itu, iaitu 13 daripada 38.

Namun, apabila GRS melantik Setiausaha PAS Sabah, Aliakbar Gulasan, sebagai Adun semalam, pengundi KDM mungkin akan menilai semula sokongan kepada gabungan itu, terutama kepada PBS dan STAR, kata Romzi Ationg, dari Universiti Malaysia Sabah.

Ini kerana kedua-dua parti mungkin dilihat menyerah kalah pada penyertaan PAS dalam persediaan GRS walaupun ahli parti Islam itu tidak memegang jawatan kerajaan.

Romzi percaya langkah itu boleh beri kesan pada populariti GRS di kawasan KDM.

“Sudah tentu, akan ada pengundi rasa seperti dikhianati, serta PBS dan STAR akan bimbang populariti di kawasan-kawasan itu akan berkurangan,” katanya kepada FMT.

Perkara itu akan berlaku sekiranya wakil-wakil rakyat kedua-dua parti gagal meyakinkan penyokong supaya terima pelantikan itu, katanya.

“Sudah tentu, penyokong kedua-dua parti itu tidak suka langkah itu, jadi kerajaan mesti selesaikan hal ini dengan komuniti KDM secara sewajarnya bagi mengelakkan sebarang akibat.”

Penganalisis sosio-politik, Awang Azman Awang Pawi, berkata pelantikan Aliakbar akan betul-betul menguji rakyat Sabah, terutama KDM.

Beliau berkata ia juga menarik perhatian kepada kesetiaan penyokong akar umbi PBS dan STAR.

“Adakah mereka akan menyesal mengundi parti itu kerana mereka tolak PAS?

“Adakah di masa depan pengundi akar umbi akan menunjukkan ketidakpuasan hati itu dalam pilihan raya?

“Setakat mana tahap penerimaan kumpulan partisan dan bukan partisan, malah Adun terpilih, terhadap pelantikan itu, termasuk PBS, STAR, dan SAPP?” katanya.

Beliau berkata sekiranya parti-parti politik itu, termasuk penyokong akar umbi hingga ke pimpinan, boleh terima pelantikan itu, ini bermakna PAS berjaya melebarkan sayapnya ke Sabah.

Penerimaan ini mungkin membawa kepada PAS bertanding sebagai sebahagian daripada GRS pada pilihan raya akan datang, malah mungkin menyebabkan parti-parti lain tidak dapat bertanding di kerusi tradisi sekiranya ingin elak pertembungan sesama sekutu.

“Semua ini akan diuji dalam konteks politik Sabah dan kita akan dapat lihat bagaimana ia akan berlaku di masa depan,” katanyna.

Tony Paridi Bagang dari UiTM Sabah berkata GRS dan PAS akan sukar membuktikan orang ramai persepsi terhadap parti Islam itu mengelirukan.

“Hakikatnya PAS kini sebahagian daripada pemerintah Sabah. Suka atau tidak, keputusan sudah dibuat,” katanya.

Beliau berkata PAS harus sedar kenapa sentimen orang ramai tidak menyebelahi parti itu dan harus berusaha membetulkannya.

Semalam, Ketua STAR, Jeffrey Kitingan, dan Ketua PBS, Maximus Ongili, menegaskan pendirian masing-masing bahawa PAS tidak harus dilibatkan dalam persediaan GRS di Dewan Undangan Negeri dan pejabat kerajaan.

Bagaimanapun, mereka menggesa rakyat bekerjasama dengan Ketua Menteri Hajiji Noor tentang keputusan melantik Aliakbar.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/10/09/penganalisis-pemerintah-sabah-mungkin-hilang-sokongan-kdm-selepas-pelantikan-ahli-pas/

COMMENTS