Pavillion KL terbakar, ini yang berlaku

Pavillion KL terbakar, ini yang berlaku. Tular sebuah klip video di media sosial sejak tengah hari Rabu, memaparkan pusat beli belah terkenal Pavilion, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur diselubungi asap tebal.

Insiden berkenaan mencetuskan situasi panik dalam kalangan pengunjung pusat beli belah berkenaan, selain mengundang perhatian netizen yang tertanya-tanya mengenai kejadian sebenar.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan Pavilion, asap tebal tersebut berpunca daripada kebakaran kecil di sebuah restoran yang terletak di tingkat 1.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Satu insiden kebakaran kecil berlaku kira-kira pukul 2.10 petang pada 30 Mac 2022 di dapur sebuah restoran di tingkat satu.

“Kebakaran segera dipadamkan dan insiden itu sudah dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),” tulis kenyataan berkenaan.

Tambah kenyataan tersebut lagi, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan dan operasi perniagaan berjalan seperti biasa.

Sementara itu memetik laporan Kosmo, difahamkan kebakaran mula berlaku di tempat pembakar daging itik di restoran berkenaan selepas dimaklumkan sendiri pemilik restoran.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, api berjaya dipadam sendiri selepas ‘Sprinkler Head’ telah pecah disebabkan bahang yang terhasil dari kebakaran tersebut.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan oleh unit forensik JBPM Kuala Lumpur.

TONTON:

BACA:

Panas !!! Langkah Sheraton 2.0 bakal berlaku?

Kecoh keselamatan data, pengunaan MySejahtera dilapor menurun 26%

Spark Girls tak kisah dilihat seksi mahu dikenali di Malaysia

CATEGORIES