Patutlah susah dapat kerja, rupanya 38 kos pengajian universiti ini puncanya, semak segera!

Oleh AHMAD SULAIMAN

Sejak tahun lepas, sebanyak 38 program akademik di 19 Universiti Awam (UA) di seluruh negara telah digugurkan.

Ini kerana program-program tersebut didapati tidak lagi relevan dengan perkembangan semasa dan keperluan masa depan.

Program-program di peringkat sarjana dan sarjana muda yang digugurkan ini tidak lagi menjamin peluang pekerjaan terbaik bagi graduan, seiring dengan permintaan industri semasa.

Sebanyak 12 permohonan telah dikemukakan oleh institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)

untuk melupuskan program-program yang tidak relevan. Permohonan ini melibatkan tiga IPTA iaitu Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Patutlah susah dapat kerja, rupanya 38 kos pengajian universiti ini puncanya, semak segera!

Antara program pengajian yang dianggap tidak lagi relevan dan telah digugurkan termasuklah beberapa kursus yang tidak memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.
1.Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

-Sarjana Muda Siberologi (Animasi dan Ludologi) dengan Kepujian
-Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Reka Bentuk Komunikasi) dengan Kepujian

2. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

-Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
-Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

3. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

-Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian

4. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

-Sarjana Sains (Kimia)
-Sarjana Sains (Matematik)

5. Universiti Utara Malaysia (UUM)

-Sarjana Sains (Perbankan Islam)
-Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)

6. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

-Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)(Kepujian)
-Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam-Sekolah Rendah)(Kepujian)

7. Universiti Teknologi MARA (UiTM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
-Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Kepujian) Skrin

8. Universiti Putra Malaysia (UPM)

-Bacelor Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian
-Sarjana Pengurusan Air

9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

-Kejuruteraan (Elektrik-Telekomunikasi)
-Sains Komputer (Komputeran Industri)

10. Universiti Sains Malaysia (USM)

-Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Perancangan Bandar dan Wilayah)
-Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian)(Rekabentuk Dalaman)

11. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)
-Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Pembuatan)

12. Universiti Malaya (UM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka bentuk Produk)
-Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)

13. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

-Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri)
-Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi)

14. Universiti Malaysia Sabah (UMS)

-Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)
-Sarjana Ekonomi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)

15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

-Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil Industri) dengan Kepujian
-Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian

16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

-Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Kuasa & Pemacu) dengan Kepujian
-Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian

17. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)

-Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Fotonik)
-Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian)(Kejuruteraan Rangkaian Komputer)

18. Universiti Malaysia Pahang (UMP)

-Sarjana Kejuruteraan (Bio-Proses)
-Sarjana Kejuruteraan (Kimia)

19. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

-Sarjana Sains (Falsafah dan Ketamadunan)
-Sarjana Sains Kaunseling

BACA: Bekas ahli parlimen DAP sekolahkan Anwar Ibrahim, apa cerita?