‘Patutlah suami tukar password lock telefon dia, pelik padahal dah kahwin, lain pula jadi bila mak mertua tahu perangai sebenar suami’

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Nama aku Nadia, aku nak ceritakan kisah hidup aku dengan bekas laki aku nama dia Shah (bukan nama sebenar).

Aku dan Shah dah kenal selama 3 tahun. Tapi maIangnya, perkahwinan aku bertahan 7 bulan sahaja.

Shah ni seorang yang alim tapi kasar orangnya. Dia tinggi putih melepak, mata sepet, kacak orangnya.

Berbanding aku ni, pendek, kulit gelap, mata panda pulak tu. Tapi tak tahu macamana dia boleh terpik4t dekat aku pulak.

Shah ni masa kenal memang asyik berg4duh jugak la. Kejap putus kejap sambung balik. Pendekkan cerita.

'Patutlah suami tukar password lock telefon dia, pelik padahal dah kahwin, lain pula jadi bila mak mertua tahu perangai sebenar suami'

Aku dan Shah pun kahwin jugak akhirnya. 3 bulan pertama tu ok la hubungan aku dan Shah. Masuk bulan 4 aku dah rasa lain.

Pertama ekali, aku perasan dia dah tukar lock telefon dia. Dia tak bagi aku aku post gambar aku dan dia kat sosiaI media. Padahal dah kahwin kot. Tapi aku ni degil akan post jugak gambar kami berdua. Tapi yang peliknya, aku akan post gambar aku kat instagram.

Shah ni tak ada instagram pun tapi dia boleh tahu. Jadi aku dah pelik kat situ macam mana dia boleh tahu. Sedangkan aku privatekan akaun instagram aku tu. Shah sejak kebelakangan ni berubah giIa. Suka duduk lama – lama kat kereta sambil on call atau mesej.

Pernah sekali tu aku nampak dia kat dalam kereta tengah bergayut dengan HP, lama jugak la aku perhatikan dia. Aku dah geram aku serbu je dia kat kereta tu, tapi aku perasan dia terus tutup call tu dan panggil dia masuk rumah sebab dah malam jam 11 lebih macam tu.

Kau tak syak ke kalau macam tu? Eh otak aku ni laju je dah pikir lain. Malam tu jugak aku tak tidur sebab nak check handphone dia. Tapi dia dah delete call nombor orang tu. Aku tak dapat nak buktikan lagi. Sampai la bulan puasa, kat sini aku dah tak berapa ok dengan Shah, sebab Shah kerap marah aku, tengking aku.

Cakap aku meIawan dia padahal aku tak buat salah yang besar hanya salah yang sekecil kuman, tak gosok baju dia dengan betul ada renyuk sikit je kat hujung baju bawah padahal dia akan masuk jugak baju tu dalam seluar. Yela baju formal kan, ber kot bagai.

Masa bulan puasa, aku ni balik kerja awal 1 jam, masa aku balik aku tengok Shah dah sampai rumah dulu. Tapi dia tak ada, lesap. Entah ke mana dia pergi pun aku tak tahu. Aku pun call dia, Shah kata dia kena ke KL hantar bos dia kat sana.

Hati aku ni tak sedap, macam ada benda yang tak kena dari aku balik kerja sampai ke malam sebelum dia balik. Sebelum dia balik, dia call aku cakap boleh tak ambil dia kat stesen bas. Aku terk3jut stesen bas? Pergi KL naik kereta siapa aku tanya Shah.

Dia jawab sambil dia marah – marah kat aku, cakap aku tak percaya dia. So aku diam dan turutkan sahaja. Aku ingat dia akan sampai sini jam 10 atau 11 malam. Rupanya dia beli tiket bas jam 11 malam dari KL. Masa dia call aku suruh ambil tu lepas berbuka puasa, habis tu waktu dari lepas buka sampai jam 11 buat apa??

Aku dah fikir lain dah. Pendek cerita dia sampai sini dalam jam 2 pagi. 2 pagi guys, esoknya aku nak kerja. Dia takpe la tak kerja esoknya. Jadi petang esoknya tu, aku balik kerja masuk bilik tengok dia tengah tidur. Aku pun nak baring kejap lelapkan mata tapi mata aku tertumpu kat telefon Shah. Aku pun cuba buka telefon Shah ni.

By the way, aku tahu password telefon dia, tapi Shah tak pernah tahu yang aku tahu password dia. Masa dah berjaya buka telefon dia, alangkah terk3jutnya aku ada mesej dari perempuan nama A (bukan nama sebenar) paling atas sekali.

Aku buka whatsapp tu and aku ternampak gambar dia dengan perempuan mana entah. Menggigil tangan aku, terus tutup whatsapp tu. Otak aku dah tak boleh fikir lain dah. Aku simpan dan pendam je tak bagitahu pun dengan siapa – siapa.

Masa hari raya tiba, maka bermula kisah pahit dan hitam buat aku. Malam raya kami pulang ke kampung nenek Shah. Beraya di sana. Malam raya mood dia tiba – tiba ok. Ada la tu benda yang dia nak. Aku pulak sebagai isteri ikutkan sahaja.

Dan esoknya raya pertama bersalam salaman dengan nenek dan Shah. Masa dalam perjalana balik ke rumah atuk beIah mak dia. Aku snap gambar kami berdua dan post di insta. Dengan caption : insyaallah raya tahun depan kami ber 3. Pada hari raya ke 2 aku perasan dia berubah dari sikap dia.

Aku tegur pun macam nak tak nak layan aku. Aku pun diamkan saja. Malam raya ke 2 tu aku dah balik ke rumah kami la, masa dalam perjalanan balik tu, Shah singgah 1 masjid, dia yang terawal masuk dan keluar. Aku ni biasalah perempuan kan, nak remove make up lagi, ambil wudhuk dan pakai telekung je dah berapa minitkan.

Selepas solat je aku terus bergegas keluar dari masjid tu. Masa aku keluar aku dah nampak dia dah tunggu aku dalam kereta. Aku terus masuk kereta duduk seat belakang, sebab aku nak sambung make up. Masa aku duduk belakang aku ternampak whatsapp dari A ni send screensh0t gambar yang aku post kat insta.

Terk3jut aku tengok Shah boleh ada gambar tu. Dia pun muka dah marah sangat. Terus dia tanya aku, aku post apa kat insta? Aku terdiam dan tak jawab pun soalan dia, tapi aku tanya dia balik, siapa A tu? Dia terus tengking dan marah aku sebab kan post gambar aku dan Shah!

Aku rasa kali ni aku tak boleh diam, aku kena ambil nombor A tu dan ser4ng dia. Dan cuba teka, aku dapat ke tak nombor A tu. Yes! Aku berjaya dapatkan nombor A tu. Tu pun kantoi tau aku usik telefon dia. Dia dah ukur siap – siap kat atas meja tu. Bayangkan lah kehidupan aku tu macam mana.

Aku terus whatsapp perempuan tu cakap pasal ni. Siapa dia dan hak dia untuk send gambar tu kat dia. A play v1ctim, dia yang ters4kiti la kononnya aku ser4ng dia melalui whatsapp. And guess what, Shah marah aku sebab ser4ng A, kata aku b0doh ser4ng budak tak bersalah!!!

Aku tergamam sebab aku ingat kau akan mengaku salah kau dan minta maaf. Oh no! Jauh meleset sangkaan aku. Dia boleh back up si A berbanding aku yang isteri dia. Aku tak boleh tahan aku balik rumah mak ayah aku raya 5.

Untuk pengetahuan korang Shah belum beraya dan datang rumah aku untuk salam dengan mak ayah aku. Aku balik sorang diri ke rumah mak ayah aku. Sebab dia halau aku dari rumah. Mak Shah mesej aku nak jumpa aku, aku setuju dan terus ke rumah mertua aku, aku menangis dan cerita semua kat mak mertua aku.

Alhamdulillah kedua mertua aku faham situasi aku dan berpihak pada aku. Raya ke 10, Shah panggil aku datang rumah sebab ada benda nak bincang, aku datang tapi aku bawa mak mertua aku teman aku untuk bincang sekali.

Aku tak bawa pun mak ayah aku sebab mak ayah aku tak tahu hal ni. Masa kat rumah Shah tarik aku bawa masuk bilik dan marah aku sebab aku whatsapp A tu bagi tahu, ‘terima kasih sebab h4ncurkan rumah tangga aku dan semoga kifarah menanti mu.’

Shah marah sangat sebab aku cakap macam tu dan pertahankan A kata A tu kawan baik dia. Dan hubungan diorang sekadar kawan saja. Tapi mak mertua aku terus buka pintu bilik aku dengan kunci spare and tarik aku keluar dari bilik tu, dia marahkan Shah sumpah seranah anak dia tu.

Terus Shah cakap kat mak mertua aku, dia akan ceraikan aku dan keluar dari rumah tu. Sebab rumah tu atas hak milik mertua aku. Dan kami pun bercerai secara baik (sebab nak cepatkan proses cerai). 1 je aku nak cakap dekat A. Terima kasih sebab h4ncurkan rumah tangga kami.

Selepas aku dan Shah cerai. Shah dan A kahwin kahwin selepas 8 bulan aku bercerai ya. Tahniah buat Shah dan A. Selepas aku cerai, aku dan Shah kurang berg4duh dan kami macam jadi kawan baik. Ya, aku tahu, aku salah sebab still keep in touch with Shah.

But you know perasaan sayang pada Shah tu kuat lagi. Tapi hati tak nak kembali pada Shah. Cepatnya Shah kahwin, tapi mak mertua aku tak restukan hubungan diorang. Dipendekkan cerita, Shah dan aku contact dalam diam.

Aku jenis malas melayan tapi tu la rasa nak tahu sepanjang perkahwinan diorang tu macam mana. Shah akhirnya meluahkan semua masalah dia kat aku, aku jadi tempat luahan dan aku jugak tepuk tangan belakang tirai untuk dia. Jahatkan aku. Tapi tu la realiti kehidupan Shah. Antara luahan dia kat aku:

Luahan 1: A tidak pandai melayan Shah seperti mana aku melayan dia. Melayan dari seperti hidangkan makan, minum dan sambut dia balik kerja. Tapi A hanya dengan telefon dia saja.

Luahan 2: A seorang yang pemalas, malas masak dan kemas rumah. Oh baju pun malas basuh. Shah yang buat semua kerja tu. Shah penah cite kat aku lagi, bini dia masak untuk dia sahaja makan, untuk Shah masak la sendiri. Periuk masak nasi tak basuh sampai berkulat dan bau tengik. Shah jugak yang basuh.

Luahan 3: A tak pernah sapu lantai, bersihkan meja lepas makan. Shah kata aku rajin, kemas rumah, rajin sapu hari – hari, mop lantai seminggu sekali dan lap meja bersihkan sampai habuk pun tak ada. Tu la pujian pertama dari Shah selama kami kenal.

Luahan 4: A kuat meIawan dia, kasar dengan dia, pukuI Shah tu macam pvnch bag. Kalau berg4duh semua benda dia hempas barang dan tarik langsir meng4muk menjerit sekuat hati. Sampai Shah ni yang tak pernah nak berkasar dengan perempuan jadi terp4ksa kasar. Shah cakap lagi, aku ni sepanjang kenal dan kahwin pun tak pernah meIawan dia dan marah dia. Sekali lagi aku dipuji dan aku tepuk tangan di belakang tirai.

Luahan 5: A suka buruk kan dia pada kawan – kawan A. Dan nanti kawan – kawan A ni masuk campur dan mesej Shah cakap Shah itu ini. Sepanjang aku kenal hingga kahwin tak pernah sekali pun aku buruk dan cerita hal antara aku dan Shah pada kawan – kawan aku.

Alhamdulillah, sekarang pun aku dah kahwin 5 tahun bahagia, walaupun tiada rezeki zuriat lagi, aku tetap bahagia, sedangkan Shah merana sehingga sekarang. Macam mana aku tahu, sebab adik dia la tempat luahan dia sekarang.

Untuk pengetahuan korang, A tu sehingga sekarang masih st4lk life aku, sampai cemburu aku dapat jalan travel sana sini. Dia dan Shah pulak tak berjalan macam aku, sebab Shah bukan seorang yang suka pergi sana sini. By the way korang doa kan aku dikurniakan cahaya mata ya. – Nadia (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Zalina Lynna : Tu lah baIasan untuk orang yang suka mengani4ya di dunia lagi Allah dah baIas alhamdulillah barakkallahu fik TT doa orang terani4ya dimakbulkn Allah semoga Allah permudahkn segala urusan TT untuk mendapatkan zuriat.

Siddatul Jebat : Sebijik mcm ex aku, beza nya dia tinggalkan aku dengan 5 oramg anak demi betina lain. Hujung – hujung dia yang jadi kuIi batak bini dia.

Aku cuma angkat tangan syukur sebab aku masih hidup UNTUK tengok hidup dia macam tu. Nafkah anak tak pernah BAGI ye.. semua betina tu kontrol.

Adinie Hanany : Salah tajuk ni.. patut tulis terlepas dari laki tak guna. Rasanya yang problem si laki tu.. asal kahwin nak cerita buruk pasal isteri dah kenapa. B4ngang punya laki. Mengadu d0mba masalah rumah tangga kat orang lain.

BACA: Istihar harta punca PN tolak MoU dengan kerajaan