Patutlah sekejap je bau wangi lepas itu hilang, rupanya selama ini sembur ditempat yang salah, ini cara haruman tahan lama
Perfume atau minyak wangi sebenarnya ada cara pemakaiannya yang betul.
Ada kalanya, ikut jenis jugak, ada yang bau kekal lama, ada yang tak sampai sejam, bau dah berkurangan.
Sebenarnya, kalau korang nak tahu, ada beberapa tips yang korang boleh gunakan untuk haruman tu tahan lebih lama.
Dan, teknik pakai pewangi tersebut. Kalau korang selalu sembur di pergelangan tangan, kendian gosok, itu sebenarnya salah!
Kalau nak perfume tahan lebih lama, ikuti tips ini.
#1. Cara Semburan
Semburan pada pergelangan tangan kemudian digosok ke tangan satu lagi adalah salah menurut pembuat minyak wangi Francis Kurkdjian.
Tambahnya lagi, teknik tersebut hanya akan hilangkan atau ubah bau asal pewangi tersebut. Cara yang betul pakai minyak wangi adalah semburan pada kulit, dan biar begitu sahaja.
#2. Sembur Ke Kulit
Ramai antara kita yang suka sembur pada pakaian. Kadang-kadang, sampai sembur dulu dekat baju sebelum pakai. Lepas pakai baju, sembur lagi. Konon nak kasi lagi wangi. Itu sebenarnya tak berkesan pun.
Semburan perfume sepatutnya di bahagian yang terdedah kepada udara, contoh leher, siku dan pergelangan tangan.
Kalau sembur di pakaian pulak, ada kalanya akan buatkan pakaian rosak, dan tidak balas bauan tu tak seperti pada kulit.
#3. Sembur Pada Rambut
Selain di kulit yang terdedah, korang jugak boleh semburkan sedikit pewangi di bahagian rambut.
Cumanya, kalau bekerja di tempat panas, atau terdedah dengan matahari, kulit kepala akan mengeluarkan minyak dan ia akan hilangkan bau minyak wangi tersebut.
#4. Cara Simpanan Minyak Wangi
Seeloknya, perfume tidak boleh disimpan terlalu lama.
Cara penyimpanan perfume jugak mempengaruhi tahan atau tidak bauannya. Cara paling berkesan, pastikan disimpan pada suhu bilik. Kalau tak, bauan dia akan ‘lari’ dan tak sesedap bau masa kita test dulu.
#5. Jangan Beli Botol Besar
Selalunya, ramai akan membeli perfume yang didatangkan dengan botol yang besar. Satu sebab lebih murah, kedua untuk tahan lama sikit.
Sebenarnya, ramai yang takt ahu tapi oksigen adalah musuh utama minyak wangi. Skala haruman sesuatu perfume boleh turun sekiranya terdedah pada oksigen.
Sebaiknya, beli botol kecil sahaja.
BACA: Takut dibawa ke balai Polis, penumpang Grab nekad terjun keluar kereta undang reaksi netizen