Patutlah segar je minum air kelapa tengah panas, rupanya ini kandungannya ramai tak tahu

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Bila menyebut tentang air kelapa, pasti ramai yang terbayang suasana syahdu di tepi pantai sambil ditiup angin laut, bukan?

Air kelapa juga amat popular di Malaysia dan menjadi minuman pilihan terutama pada cuaca panas.

Minum air kelapa memang memberi rasa segar yang mengasyikkan, betul tak?

Patutlah segar je minum air kelapa tengah panas, rupanya ini kandungannya ramai tak tahu

Tapi tahukah anda, air kelapa kaya dengan mineral dan mempunyai pelbagai kebaikan selain daripada rasanya yang enak.

Menurut jurnal Cambridge, air kelapa telah diiktiraf sebagai “minuman sukan” atau minuman isotonik. Kajian dari Jabatan Pemakanan Harvard School of Public Health menyatakan bahawa air kelapa lebih baik daripada jus buah dan minuman lain,

khasnya bagi atlet yang melakukan latihan berat selama tidak melebihi 3 jam.

Kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa membantu mengelakkan kekejangan otot. Namun, seorang pakar pemakanan mengingatkan bahawa air kelapa mungkin tidak sesuai untuk semua orang.

Bagi pesakit yang mengalami masalah buah pinggang, tidak digalakkan untuk minum air kelapa kerana ia mungkin menyebabkan ketoksikan dan kesan sampingan yang tidak diingini.

Jadi, walaupun air kelapa memang sedap, ia tidak selalu sesuai untuk semua orang

BACA: Kerajaan mansuh beras tempatan dan beras import, tinggal ‘beras’ ini sahaja