Patutlah Saiful Apek sering tampil berkacamata hitam, rupanya ini yang beliau hadapi

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

Saiful Apek mengakui dia berasa takut untuk berjumpa pakar mata dan memilih untuk menggunakan dua jenis kaca mata setiap hari.

“Mungkin saya takut untuk menjalani rawatan pemulihan mata.

Bukan sebab tak yakin, tetapi lebih kepada rasa takut walaupun ada yang mencadangkan untuk buat rawatan itu,” katanya.

Menurut Apek, kini dia terpaksa memakai dua jenis kaca mata yang berfungsi berbeza,

satu polarized di bahagian dalam dan satu lagi pelindung ultra ungu (UV Protector) di bahagian luar, bagi melindungi matanya daripada cahaya.

Patutlah Saiful Apek sering tampil berkacamata hitam, rupanya ini yang beliau hadapi

Dia juga mendedahkan bahawa matanya hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja apabila berada di bawah sinaran matahari. Sekiranya terdedah terlalu lama, matanya akan mula berair dan terasa sangat sakit.

“Sekarang, mata saya agak terhad, paling lama pun hanya 15 minit boleh bertahan. Kalau tidak, air mata saya akan cepat keluar dan rasa pedih.

Saya perlu selalu gunakan ubat titisan mata untuk melegakan apabila bekerja. Itu antara cabaran sekarang kalau berlakon,” jelasnya.

Walaupun begitu, Apek tidak menolak kemungkinan untuk bertemu pakar jika masalah ini berlanjutan dan mula mengganggu karier seninya.

“Kalau satu hari nanti kesakitan mata saya ini mengganggu atau menyekat perjalanan seni saya, saya akan cuba jumpa pakar untuk rawatan,” ujarnya.

BACa: ‘Nasi Lemak ‘mendunia’, laku keras di pasar tani Hawaii tapi orang Malaysia tak boleh makan