Pelawak Jep Sepahtu baru-baru ini berkongsi momen ketika beliau menziarahi rakan selebritinya, Ebby Yus, yang kini terlantar sakit di rumah.
Jep turut berkongsi foto keadaan Ebby di Instagram untuk tatapan peminat dan pengikut media sosialnya.
Dalam foto tersebut, Jep dilihat duduk bersimpuh di sebelah Ebby yang sedang duduk di atas kerusi.
Meninjau ruangan komen, netizen menitipkan doa agar Ebby disembuhkan daripada segala penyakit yang dihidapinya kini.
Sebelum ini, Ebby Yus pernah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
akibat kegagalan buah pinggang selama 17 hari sebelum dibenarkan pulang pada 23 Oktober lalu.
Ebby juga dilaporkan telah menjalani pembedahan kecil di bahagian perut untuk memasukkan tiub bagi memulakan rawatan dialisis di rumah.
BACA: