Patutlah ramai yang beli, restoran sandwic terkenal guna lipas sebagai pelaris

Oleh BURHANUDDIN ABD RAZAK

“Saya juga pernah menemui lipas beberapa kali dalam sup yang dipesan dari dapur awan dan beriani yang dipesan dari restoran terkenal,” kata netizen lain.

Seorang pembeli di Bengaluru, India, menemui seekor lipas di dalam sandwic ketika

Dia sedang memakannya, lapor akhbar The Indian Express hari ini.

Patutlah ramai yang beli, restoran sandwic terkenal guna lipas sebagai pelaris

Beliau berkongsi gambar sandwic bersama lipas tersebut di platform Reddit selepas memesannya dari dapur awam atau yang dikenali sebagai cloud kitchen.

Pelanggan yang menggunakan nama NomadicGeek1 menulis dalam kapsyen: “Lipas dalam sandwic.”

Hantaran tersebut menerima lebih daripada 300 reaksi dengan beberapa pengguna laman sosial berkongsi pengalaman serupa.

Seorang netizen menulis: “Sukar untuk menilai kualiti kerana kebanyakan dapur awan tidak disenaraikan dalam Peta Google.”

“Saya juga pernah menemui lipas beberapa kali dalam sup yang dipesan dari dapur awan dan beriani yang dipesan dari restoran terkenal,” kata netizen lain.

Dapur awam membolehkan pengendali makanan menyewa ruang untuk menyediakan hidangan khas untuk dihantar kepada pelanggan.

BACA: “Aku tak tolak poligami, aku pernah pesan pada suami kalau nak kahwin, kahwin je, tak payah tunggu aku mati baru nak kahwin lain”