Patutlah ramai tak nak kemaskini PADU, rupanya boleh ‘kantoikan’ lelaki sembunyi kahwin dua

Oleh AHMAD SULAIMAN

Tarikh 31 Mac ini adalah tarikh terakhir bagi rakyat Malaysia untuk mengemaskini Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) sebelum bantuan bersasar bermula pada 1 April akan datang.

Walaupun terdapat maklum balas daripada netizen di media sosial, masih terdapat ramai yang enggan mengisi sistem tersebut kerana

Bimbang maklumat peribadi mereka akan tertiris dan disalahgunakan oleh pihak berkuasa.

Tarikh 31 Mac ini adalah tarikh terakhir bagi rakyat Malaysia untuk mengemaskini Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) sebelum bantuan bersasar bermula pada 1 April akan datang. Walaupun terdapat maklum balas daripada netizen di media sosial, masih terdapat ramai yang enggan mengisi sistem tersebut kerana bimbang maklumat peribadi mereka akan tertiris dan disalahgunakan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, ada satu kisah menarik yang dikongsi oleh seorang ahli perniagaan di Temerloh, Pahang. Beliau enggan mengisi sistem itu kerana bimbang 'terkantoi' telah kahwin dua. Peguam, Ahmad Nizam Hamid, berkongsi kisah tersebut melalui satu hantaran di Facebook beliau. Menurutnya, rakannya yang berusia 50-an telah berkahwin kali kedua dengan pekerja sendiri secara rahsia sejak tiga tahun lalu. "Dia kahwin senyap-senyap di Perlis atau Terengganu, saya tak ingat. Sebab antara dua negeri itu kalau kahwin dua, tak perlu minta izin isteri pertama. Dia takut nak isi nama isteri kedua dalam Padu sebab takut isteri pertama dia tahu," katanya seperti yang dilapor kepada Malaysiakini. Walau bagaimanapun, Ahmad Nizam enggan campur tangan dalam hal rumah tangga kenalannya yang rumit itu. "Saya hanya mampu menjawab yang saya tidak ada jawapan. Tak tahu nak berikan pendapat dan tak boleh nak nasihat apa-apa dalam bab ini tentunya dengan ketawa kecil," katanya di Facebook. Difahami, ahli perniagaan tersebut, dengan perbezaan usia sebanyak 20 tahun, telah dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan kedua. Manakala, dengan isteri pertamanya yang berusia 40-an, beliau mempunyai empat orang anak. Isteri kedua ahli perniagaan tersebut tinggal dan bekerja di daerah yang sama di Temerloh, Pahang. Namun, isteri pertamanya tidak pernah mengetahui kewujudan madunya, walaupun mereka tinggal di daerah yang sama. Sebelum ini, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, menyatakan bahawa PADU telah terbukti mempunyai standard keselamatan data yang baik selepas beroperasi selama hampir 100 hari tanpa sebarang gangguan. Situasi ini telah memberi keyakinan kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar dalam sistem tersebut.

Bagaimanapun, ada satu kisah menarik yang dikongsi oleh seorang ahli perniagaan di Temerloh, Pahang. Beliau enggan mengisi sistem itu kerana bimbang ‘terkantoi’ telah kahwin dua.

Peguam, Ahmad Nizam Hamid, berkongsi kisah tersebut melalui satu hantaran di Facebook beliau. Menurutnya, rakannya yang berusia 50-an telah berkahwin kali kedua dengan pekerja sendiri secara rahsia sejak tiga tahun lalu.

“Dia kahwin senyap-senyap di Perlis atau Terengganu, saya tak ingat. Sebab antara dua negeri itu kalau kahwin dua, tak perlu minta izin isteri pertama. Dia takut nak isi nama isteri kedua dalam Padu sebab takut isteri pertama dia tahu,” katanya seperti yang dilapor kepada Malaysiakini.

Walau bagaimanapun, Ahmad Nizam enggan campur tangan dalam hal rumah tangga kenalannya yang rumit itu.

“Saya hanya mampu menjawab yang saya tidak ada jawapan. Tak tahu nak berikan pendapat dan tak boleh nak nasihat apa-apa dalam bab ini tentunya dengan ketawa kecil,” katanya di Facebook.

Difahami, ahli perniagaan tersebut, dengan perbezaan usia sebanyak 20 tahun, telah dikurniakan dua cahaya mata hasil perkahwinan kedua. Manakala, dengan isteri pertamanya yang berusia 40-an, beliau mempunyai empat orang anak.

Isteri kedua ahli perniagaan tersebut tinggal dan bekerja di daerah yang sama di Temerloh, Pahang. Namun, isteri pertamanya tidak pernah mengetahui kewujudan madunya, walaupun mereka tinggal di daerah yang sama.

Sebelum ini, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, menyatakan bahawa PADU telah terbukti mempunyai standard

keselamatan data yang baik selepas beroperasi selama hampir 100 hari tanpa sebarang gangguan. Situasi ini telah memberi keyakinan kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar dalam sistem tersebut.

BACA: Selalunya bank kutip hutang tapi kali ini bank terpaksa bayar RM132995 kepada pelanggan