Patutlah ramai mengantuk bila tengahari, tapi ramai tak sedar kebaikan tidur tengahari

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

‘Power nap’ merujuk kepada tidur sebentar atau tidur dalam tempoh masa yang singkat, biasanya antara 10 hingga 20 minit.

Perasan tak, jika anda tidur sekejap pada waktu siang, anda akan merasai peningkatan tenaga yang cepat, lebih fokus, dan suasana hati yang lebih baik?

Mari kita fahami lebih lanjut mengenai tidur sebentar yang sebenarnya disarankan oleh Rasulullah SAW ini.

Berbanding tidur siang yang lebih lama, power nap memberi kelebihan untuk anda kembali aktif dengan lebih cepat dan kurang risiko mengganggu waktu tidur malam.

Jadi, ia tidak akan menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan lena pada waktu malam.

Patutlah ramai mengantuk bila tengahari, tapi ramai tak sedar kebaikan tidur tengahari

Menurut kajian, tempoh ideal untuk tidur sebentar pada waktu siang adalah antara 10 hingga 20 minit. Masa terbaik untuk tidur sekejap ini pula adalah ketika berlaku penurunan semula jadi dalam irama sirkadian badan, iaitu sekitar jam 1 hingga 3 petang.

Namun begitu, elakkan tidur siang jika anda mengalami masalah insomnia, cuba mengubah jadual tidur, atau jika sudah melebihi jam 3 petang pada hari tersebut. Untuk tidur sebentar dengan lebih cepat, cipta persekitaran tidur yang selesa dan gunakan teknik relaksasi.

Kebaikan Power Nap
Meningkatkan Tumpuan
Power nap yang tepat dapat membantu meningkatkan tahap kewaspadaan dengan membenarkan otak mengecas semula dalam tempoh rehat yang singkat.

Baik untuk Otak dan Ingatan
Tidur sebentar membantu meningkatkan ingatan jangka pendek terhadap maklumat, fakta, dan peristiwa. Malah, tidur siang sesingkat 6 minit sahaja sudah terbukti dapat memperbaiki ingatan seseorang terhadap senarai perkataan, serta melancarkan proses penyatuan memori.

Mengawal Mood dan Tekanan
Tidur sebentar juga memberi kesan positif kepada mood dan tahap tekanan individu, mungkin disebabkan oleh pembebasan serotonin semasa tidur.

Rangsangan Tenaga
Tidur sekejap selama 10 minit boleh mengurangkan rasa letih dan meningkatkan tahap tenaga untuk anda menjalani aktiviti harian dengan lebih bertenaga.

Berapa Lama dan Berapa Kerap Perlu Power Nap?
Pakar mencadangkan tempoh ideal untuk tidur siang adalah antara 10 hingga 20 minit. Tidur kurang daripada 10 minit mungkin memberikan sedikit manfaat, tetapi ia kurang berkesan berbanding tempoh antara 10 hingga 20 minit. Masa terbaik untuk tidur sebentar adalah antara jam 1 hingga 3 petang.

Bilangan kekerapan power nap yang boleh diambil bergantung pada keperluan individu, corak tidur, dan gaya hidup masing-masing. Secara umumnya, satu sesi power nap sehari dianggap mencukupi untuk kebanyakan orang bagi mengisi semula tenaga tanpa mengganggu irama sirkadian dan tidur malam.

Jika anda risau power nap akan terlajak hingga lebih dari masa yang disarankan, jangan bimbang. Untuk elakkan perkara ini, tetapkan penggera selama 10-20 minit

. Cari tempat yang selesa, gelap, dan tenang, dan pertimbangkan untuk menggunakan teknik relaksasi bagi membantu anda tidur dengan lebih cepat dan berkesan.

Dengan mengamalkan power nap secara teratur, anda bukan sahaja akan lebih bertenaga, malah dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup seharian. Selamat mencuba!

BACA: Selepas 7 tahun berkahwin, Fattah Amin cerai Fazura talak satu