Patutlah ramai di Malaysia! Pemuda dari Indonesia dedah cara masuk hanya modal RM1 je

Oleh CHE HUSNA KAMARUZZAMAN

‘Seorang warga Indonesia telah berkongsi video mengenai cara perjalanan dari Indonesia ke Malaysia dengan kos serendah RM1 sahaja.

Dalam video yang dikongsikan di laman TikTok, beliau menerangkan strategi mudah untuk melancong ke Malaysia dengan modal yang minima.

Prosedur yang diterangkan adalah seperti berikut:

Selepas melepasi pos Imigresen Tebedu, terdapat bas yang biasa dinaiki penduduk sempadan untuk pergi membeli-belah di kawasan Serian,

Sarawak. Dari pintu sempadan Entikong dan Terbedu, anda hanya perlu berjalan beberapa ratus meter ke perhentian bas RM1.

Patutlah ramai di Malaysia! Pemuda dari Indonesia dedah cara masuk hanya modal RM1 je

Bas ini mempunyai kod S19 dengan destinasi ke Tebedu, Serian yang mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan. Di sini, anda akan bersama penduduk sempadan yang ingin ke pasar untuk membeli belah, menjadikan anda berasa seperti orang tempatan.

Untuk bayaran, anda boleh membayar tambang RM1 terus kepada pemandu bas. Pastikan anda menyediakan wang untuk membayar kepada pemandu. Bas ini juga masuk ke perkampungan untuk mengangkut penumpang lain.

Apabila tiba di terminal Serian, anda boleh menikmati pelbagai jenis makanan goreng dan minuman. Ingat, buat pembayaran menggunakan ringgit kerana sudah berada di negara Malaysia.

Setelah menjelajahi Kota Serian, tiba masanya untuk pulang ke Indonesia dengan menaiki bas yang sama.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa sepanjang perjalanan, anda juga boleh menikmati pemandangan bukit yang eksotik. Semasa di dalam bas, anda akan melihat peralihan dari pemandangan luar bandar ke bandar.

Reaksi daripada penduduk tempatan Sarawak adalah positif, dengan ramai menggalakkan beliau untuk melawat bandar Kuching untuk pengalaman yang menakjubkan. Penduduk tempatan Sarawak turut menyambut kedatangannya dengan mesra.

BACA: Baru ni aku dapat petunjuk pukul 3 pagi aku terjaga mamai check fon dia. aku nampak mesej dia mengaku dah murtad