Patutlah orang kampung pesan jangan terjun sungai, bila cek internet, wanita syukur kena tegur

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Setiap tempat rekreasi mempunyai peraturan dan larangan tertentu yang penting diikuti oleh pengunjung, terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali berkunjung.

Melalui sebuah video yang menjadi viral di laman TikTok, seorang wanita berkongsi pengalaman tidak menyenangkan ketika dia tiba-tiba

ditegur oleh seorang lelaki dewasa, yang didakwa penduduk tempatan, semasa beriadah di sebuah air terjun di Bentong, Pahang.

Keindahan kawasan air terjun ini mungkin menyembunyikan bahaya yang tidak terlihat.

Dalam video tersebut, wanita tersebut terlihat sedang duduk bersantai di tebing sungai,

Patutlah orang kampung pesan jangan terjun sungai, bila cek internet, wanita syukur kena tegur

menikmati keindahan alam semula jadi, sebelum akhirnya diminta untuk meninggalkan kawasan tersebut oleh lelaki tersebut.

“Waktu kami tengah asyik bergambar, tiba-tiba kena tegur dengan penjaga kawasan sini. Selepas pulang dari air terjun, baru tahu cerita sebenar,” tulis wanita itu dalam kapsyen video di akaun @ijat_opie.

Dalam video yang berasingan, wanita tersebut menerangkan bahawa lelaki tersebut menegurnya atas faktor keselamatan kerana di lokasi tersebut pernah beberapa kali berlaku kemalangan yang membawa maut.

“Itulah pepatah, air yang tenang jangan disangka tiada bahaya. Ketika kami tiba di air terjun, nampak tempat itu cantik dan elok saja.

“Tapi setelah abang itu tegur kami, kami diberitahu bahawa air terjun tersebut baru dibuka semula empat hari pada awal bulan Februari lepas, sebelum itu ditutup untuk beberapa bulan disebabkan tumpahan minyak.

“Oleh itu, abang itu mengingatkan kami agar tidak duduk terlalu dekat dengan air, kerana beliau risau kami akan jatuh ke dalam atau mengalami apa-apa kejadian yang tidak diingini. Kami pun tidak berniat untuk mandi di situ kerana air terjun itu kelihatan deras dan dalam,” jelas wanita itu.

Beliau menambah, air terjun tersebut boleh disimpulkan sebagai tidak selamat untuk mandi.

“Di sini, beberapa kali telah berlaku kes mati lemas dan juga kehilangan. Ketika kami melihat air terjun itu sendiri, kami perasan airnya deras dan berwarna hitam, tidak dapat melihat dasar.

“Jadi pengajaran dari situ, sebelum pergi ke suatu tempat, lebih baik kita mencari maklumat sedikit tentang kawasan tersebut. Supaya kita dapat tahu dan bersedia dengan apa yang akan kita hadapi,” ujar wanita itu.

Sebahagian warganet turut berkongsi pengalaman mereka sendiri melawat lokasi tersebut, memberi amaran untuk berhati-hati dan tidak berbuat sesuatu yang membahayakan diri sendiri.

“Pengalaman yang didapatinya boleh dijadikan iktibar. Sentiasa berwaspada dan peka dengan sekitar, jangan lupa untuk mematuhi peraturan tempatan,” tutup wanita tersebut.

BACA: Segalanya terbongkar diatas pelamin, pengantin perempuan sebenarnya lelaki yang menyamar sebagai wanita