Sejak kecil, kita diajar untuk berjimat-cermat dan bijak dalam menguruskan kewangan.
Sebagai langkah permulaan, ibu bapa sering memberikan tabung kepada kita sebagai bekas simpanan wang.
Namun, pernahkah anda sedar bahawa golongan terdahulu seperti ibu dan nenek kita sering menyimpan wang dan barang kemas di tempat yang tersorok dan tidak terfikir oleh akal kita.
Selain daripada menyimpan di bawah tilam, terdapat juga yang meletakkan wang di celahan dinding rumah, diselitkan di dalam al-Quran, dan pelbagai tempat pelik lain.
Berikut adalah lima tempat pelik untuk menyimpan wang yang pernah diamalkan oleh masyarakat kita.
1. Tilam
Orang zaman dahulu tidak mempunyai kesedaran yang tinggi tentang simpanan di bank. Sebagai alternatif mudah, mereka menyimpan wang di bawah tilam.
Lebih kreatif, mereka menebuk lubang pada tilam untuk dan menyimpan wang di dalamnya.
Sebagai langkah keselamatan, mereka menjahit semula lubang pada tilam itu dan ia hanya akan dibuka apabila tiba masanya.
There are a few owners in Trifolis Apartment, Jalan Batu Nilam at Bandar Bukit Tinggi 2, Klang misuse of Rumah Selangorku by renting to others people.
Sehingga hari ini, masih ada orang yang menyimpan wang di bawah tilam. -Gambar hiasan
2. Dinding
Rumah yang diperbuat daripada papan dan kayu biasanya mempunyai banyak ruang tersembunyi.
Ruang-ruang ini dimanfaatkan sebaiknya sebagai ‘lokasi rahsia’ untuk menyimpan wang oleh orang terdahulu.
3. Buku/al-Quran
Cara ini juga agak popular dalam kalangan orang dulu-dulu. Helaian wang kertas yang nipis mudah untuk disimpan di dalam buku tebal.
Selain itu, al-Quran juga sering menjadi pilihan sebagai tempat penyimpanan wang.
Dengan cara ini, ada yang mengakui ‘takut’ dan rasa bersalah untuk menggunakan wang tersebut, sekali gus menjayakan misi simpanan mereka.
4. Dapur
Dapur biasanya dipenuhi dengan banyak barang, sekali gus membuatkan kaedah penyimpanan ini lebih selamat dan sukar dijumpai oleh orang lain.
Ada golongan terdahulu yang menyimpan wang di dalam bekas beras.
Malah, wang turut disimpan di dalam bekas plastik yang disusun di atas rak.
5. Pasu/kotak
Mungkin ada dalam kalangan ibu-ibu kita yang menyimpan wang di dalam pasu bunga.
Kaedah simpanan ini juga pastinya tidak dapat dihidu oleh penceroboh kediaman.
Selain itu, kita juga boleh menyimpan wang di dalam kotak terpakai.
Kebaikan dan keburukan
Wang yang disimpan di tempat tersorok pastinya sukar dikesan oleh individu lain.
Malah, sasaran tabungan juga pastinya lebih mudah untuk dicapai.
Ini kerana anda perlu berusaha untuk mengeluarkan semula wang yang disorok di dalam tilam atau pasu bunga misalnya.
Dari sudut negatif, wang ini mungkin boleh rosak digigit tikus atau dimakan anai-anai.
Malah, segala simpanan anda juga akan lesap sekiranya berlaku kebakaran di rumah.