Patutlah nasi arab mahal, rupanya ini harga rempah Saffron yang ramai tak tahu
Patutlah Saffron Rempah Paling Mahal Di Dunia,Wanita Ini Jelaskan Kenapa
Umum ketahui, harga Saffron memang mempunyai nilai sangat tinggi di dunia.
Hal ini didorong oleh kebaikan dan kelebihannya yang digunakan dalam masakan, perubatan, bahan pewarna ataupun perasa.
Tetapi, adakah anda tahu apa itu Saffron? Saffron adalah sejenis rempah yang terhasil dari stigma bunga yang bernama Crocus Sativus yang banyak terdapat di Asia Tengah.
Berbalik kepada harga mahal, adakah anda tahu faktor penyebabnya?
Jadi, dalam perkongsian ini anda akan didedahkan kenapa harga Saffron boleh mencecah $500 (RM2,200) sehingga $5,000 (RM22,000) bagi setengah kilogram (mengikut kualiti) yang dijual.
Stigma bunga Saffron ini biasanya akan dikeringkan terlebih dahulu sebelum dijual. Biasanya ia dilihat berwarna merah tetapi akan bertukar kepada warna kuning selepas ia direndam di dalam air.
Berbalik kepada harga mahal, adakah anda tahu faktor penyebabnya? Jadi, dalam perkongsian ini anda akan didedahkan kenapa harga Saffron boleh mencecah $500 (RM2,200) sehingga $5,000 (RM22,000) bagi setengah kilogram (mengikut kualiti) yang dijual.
Malah, menurut kajian, harga Saffron yang tinggi juga disebabkan cara penuaiannya dilakukan secara manual iaitu hanya menggunakan tangan.
Wanita kongsi cara tanam Crocus & tuai Saffron, di sinilah ‘rahsia’ kenapa dianggap mahal di dunia
Dalam perkongsian Naz Lifestyle di laman Facebook, dia memberikan pengenalan mengenai Saffron yang terhasil daripada biji Crocus tersebut yang biasa dijual dengan harga $6 (RM26) untuk 35 biji Crocus.
Menurut Naz, satu biji benih Crocus akan mengeluarkan satu bunga, manakala dalam satu bunga hanya mengeluarkan tiga stigma (Saffron) sahaja.
Tambahnya, hal ini adalah salah satu sebab mengapa Saffron berada pada tahap yang tinggi. Dalam video itu, dapat dilihat Naz melakukan penanamannya secara manual dengan menggunakan tangan dan kayu.
Melihat kepada cara penanamnya, satu lubang yang dihasilkan dengan jarak 2 cm hingga 3 cm hanya menempatkan sebiji Crocus sahaja.
Jadi, selepas meletakkan biji tersebut di dalam tanah, anda juga perlu menutup bahagian atas dengan tanah. Tambah Naz, tanah perlu ditekan lebih kuat supaya tupai tidak dapat mengesan biji Crocus tersebut.
Dalam perkongsian yang sama, biji Crocus ini juga perlu ditanam pada musim sejuk dan hanya perlu menunggu untuk proses pendebungaan pada musim bunga kelak. Jadi, anda perlu mengikuti cara penanamnya supaya mendapat hasil yang optimun.