Patutlah lambat-lambat bayar saman RM120,000, Sanusi risau hilang kelayakan bertanding PRN

Oleh INFORAKYAT

Patutlah lambat-lambat bayar saman RM120,000, Sanusi risau hilang kelayakan bertanding PRN.

Pengerusi PH Kedah Datuk Mahfuz Omar mempunyai pelbagai cara untuk memastikan Menteri Besar Kedah,

Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor membayar ganti rugi saman fitnah sebanyak RM120,000 sebagaimana diarahkan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Patutlah lambat-lambat bayar saman RM120,000, Sanusi risau hilang kelayakan bertanding PRN

Peguam Dr Zulqarnain Lukman berkata cara tersebut antaranya memfailkan tindakan kebankrapan, writ sita dan lelong, saman penghutang penghakiman atau garnismen.

“Dalam kes Sanusi, Mahfuz boleh memfailkan tindakan writ sita dan lelong dahulu. Mahfuz boleh menyita barang-barang persendirian Sanusi dan melelongnya terlebih dahulu.

“Mungkin ramai collector yang berminat dengan barang peribadi Sanusi dan membidanya dengan harga yang tinggi,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

DR ZULQARNAIN LUKMAN

Zulqarnain berkata cara yang agak efektif adalah untuk Mahfuz memfailkan permohonan untuk membankrapkan Sanusi.

“Cara ini efektif kerana seorang yang bankrap tidak layak untuk bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Sebelum ini Mahfuz menaikkan rakaman video di media sosial menjelang Aidilfitri berkenaan wang ganti rugi saman fitnah RM120,000 yang masih tidak dilunaskan oleh Sanusi.

Laporan Sinar Harian hari ini memetik Sanusi sebagai berkata Mahfuz perlu merujuk kepada pihak peguamnya bagi proses penerimaan ganti rugi fitnah yang diarahkan mahkamah sebelum ini.

Sanusi dilaporkan berkata Mahfuz tidak sepatutnya membuat ‘drama politik’ dengan berkongsi di media sosial meminta beliau melunaskan wang RM120,000 tersebut kerana ia dikendalikan pihak peguam sejak awal lagi.

Pada 3 April lalu laporan menyebut Sanusi gagal dalam rayuan saman fitnah terhadap Mahfuz yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Mahfuz, Noorazmir Zakaria menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Katanya, dalam prosiding Mahkamah Rayuan secara zoom, permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah bayaran ganti rugi diluluskan.

Mahkamah telah membenarkan permohonan Mahfuz menaikkan jumlah ganti rugi daripada RM50,000 kepada RM120,000.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

Zulqarnain berkata Sanusi berhak untuk memohon kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan namun setakat ini tiada sebarang berita mengatakan beliau telah memfailkan permohonan kebenaran merayu itu.

Jelas beliau menurut aspek perundangan, terdapat dua peringkat proses menuntut ganti rugi iaitu membuktikan kes dan mendapatkan penghakiman mahkamah.

Katanya proses ini akan dimulakan oleh peguam dan setelah perintah mahkamah diperoleh dan diserahkan kepada pihak-pihak, maka kerja peguam telah selesai.

“Peguam tidak lagi masuk campur selepas itu melainkan ada arahan baru anak guam,” ujarnya.

Tambahnya proses kedua pula melaksana dan menguatkuasakan perintah mahkamah di mana pihak peguam tidak akan terlibat dalam proses ini sekiranya defendan yang kalah telah membayar ganti rugi.

“Pembayaran boleh dibuat melalui peguam atau secara terus ke dalam akaun plaintif. Jadi katakan Sanusi telah bayar Mahfuz secara terus melalui pindahan wang antara akaun, maka kes dianggap selesai.

“Namun sekiranya defendan tetap berdegil enggan membayar ganti rugi menurut perintah mahkamah, maka baharulah plaintif akan melantik peguam sekali lagi dan memberikan arahan bagi menguatkuasakan hutang penghakiman ini,” katanya

Sumber: https://harapandaily.com/mahfuz-boleh-failkan-kebankrapan-ke-atas-sanusi/

BACA:

Risau anak lelaki dianiaya lepas kahwin, bapa ‘grill’ calon menantu siap tanya kalau kakak gaduh dengan adik siapa minta maaf dulu

Lelaki ini ada 600 orang anak undang persoalan netizen berapa isteri dia sebenarnya?