Sebuah kereta mewah jenama Rolls-Royce yang bernilai kira-kira RM1.18 juta telah dijadikan sebagai kenderaan polis.
Rakaman video menunjukkan kereta mewah itu dilengkapi dengan lampu siren dan diiringi oleh dua anggota polis yang menunggang motosikal.
“Pasukan kami sangat bersemangat untuk memperkenalkan tambahan yang menakjubkan ini
kepada Jabatan Polis Pantai Miami,” kata jabatan itu melalui hantaran di platform X.
Walau bagaimanapun, kereta itu hanya dipinjamkan kepada jabatan polis oleh syarikat Braman Motors,
dengan tujuan menarik minat golongan muda untuk menyertai pasukan penguat kuasa tersebut.
“Menarik anggota polis di negara ini pada hari ini merupakan satu cabaran yang besar.
“Menggunakan kereta ini akan membantu kami melakukan pengambilan dengan lebih berkesan,” kata Ketua Polis Pantai Miami, Wayne Jones, kepada laman berita WSVN 7 News semasa acara promosi di Pantai Selatan pada Khamis lepas.
BACA: “Dah lima tahun tak nampak’- Jabatan Perikanan akui penyu belimbing kini diancam kepupusan