Patutlah kekal macam anak dara walaupun usia 52 tahun, rupanya ini rahsia Nasha Aziz

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Siapa sangka di sebalik kejelitaan aktres dan supermodel, Nasha Aziz, rupa-rupanya si dara cantik manis ini sudah pun menjangkau usia 52 tahun.

Untuk pengetahuan, Nasha Aziz belum pernah berkahwin dan masih single sehingga sekarang.

Jika dilihat, wajahnya langsung tak dimamah usia, tersangatlah awet muda!

Selidik punya selidik, Nasha rupa-rupanya ada amalkan beberapa petua untuk kekalkan kecantikan dan awet muda pada dirinya.

Sekiranya kamu tertanya-tanya apa yang Nasha lakukan, inilah petua yang sering diamalkan!

Patutlah kekal macam anak dara walaupun usia 52 tahun, rupanya ini rahsia Nasha Aziz

Sangat cantik secara semula jadi, antara petua kecantikan yang Nasha amalkan adalah, mandi di awal pagi atau mandi sebelum waktu Subuh, menurut Murai.my.

Rajin mandi pagi sebelum waktu Subuh, tabiat ini membuatkan Nasha tampil awet muda dan tak nampak tua.

Untuk pengetahuan kamu, mandi awal pagi lebih-lebih lagi sebelum waktu Subuh menggunakan air sejuk ini ada banyak manfaatnya. Antaranya adalah:

Kulit menjadi semakin lembut dan halus

Kuku menjadi lebih sihat, kuat dan tak mudah retak

Peredaran darah lebih lancar menjadikan badan semakin sihat dan bertenaga

Meningkatkan hormon testosteron (lelaki) dan estrogen (wanita)

Risiko mendapat darah tinggi dapat dielakkan

Mengurangkan stress dan lebih menenangkan

Meningkatkan sel darah putih

Selain daripada mandi di awal pagi, Nasha juga sangat menjaga pemakanannya, bijak mengawal emosi dan mementingkan kesihatan mental.

Baca juga:“Dia luah rasa kecewa kahwin dengan isterinya, kalau dia tahu aku ada simpan hati pada dia mesti dia dah”