Patutlah kaya anak Tun M rupanya dapat projek perolehan terus tanpa lalu tender, dedah bekas PM

Oleh INFORAKYAT

Patutlah kaya anak Tun M rupanya dapat projek perolehan terus tanpa lalu tender, dedah bekas PM.

SATU bukti yang didakwa menunjukkan anak-anak Tun Dr Mahathir Mohamad mendapat projek bernilai ratusan ringgit dari kerajaan semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri, dikongsikan oleh Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Ahli Parlimen Pekan itu memuat naik di laman Facebooknya surat arahan Kementerian Kewangan (MOF) kepada syarikat Telekom Malaysia Berhad Najib (TMB) bertarikh 7 Oktober 2003 untuk memberi projek secara rundingan terus bernilai RM214 juta.

Patutlah kaya anak Tun M rupanya dapat projek perolehan terus tanpa lalu tender, dedah bekas PM

Najib berbuat demikian susulan kenyataan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu yang meminta bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali memberi bukti susulan dakwaan bahawa anak-anak beliau menjadi jutawan semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Tun M (Dr Mahathir) kata dia tak pernah benarkan anak dia berniaga dalam Malaysia masa dia Perdana Menteri (PM) walaupun ketiga-tiga anak dia merupakan pemilik terbesar atau pemegang saham yang besar dalam pelbagai syarikat-syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia yang banyak berniaga dengan kerajaan masa dia PM ke-4.

“Seperti syarikat Tongkah, MRCB, Kumpulan hospital Pantai, Opcom, Konsortium Perkapalan, Diperdana Corp, Dataprep, Pelikan, Reliance Pacific Bhd, Artwright dan sebagainya.

“Tapi tak apalah. Saya tunjuk satu bukti surat arahan Kementerian Kewangan kepada syarikat Telekom Malaysia bertarikh 7 Oktober 2003 untuk memberi projek secara rundingan terus bernilai RM214 juta sahaja.,” katanya.

Berdasarkan surat arahan berkenaan, MOF ketika itu bersetuju meluluskan permohonan TMB bagi pembekalan kabel fiber optik yang bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus dengan Opcom Sdn Bhd (Opcom) untuk tempoh tiga tahun.

Susulan itu, Najib secara sinis membangkitkan beberapa persoalan berhubung surat arahan yang dikongsikannya.

“Siapa Menteri Kewangan ketika itu? (Tun M) Siapa PM ketika itu? (Tun M) TM milik siapa ketika itu? (kerajaan) Opcom milik siapa ketika itu? (Anak-anak Tun M).

“Saya terpanggil untuk beri jawapan juga sebab bimbang dengan alasan penyakit Melayu mudah lupa,” sindirnya.

Terdahulu Dr Mahathir dalam satu kenyataan hari ini menjawab persoalan dibangkitkan Apandi termasuk dakwaan bahawa anak-anak beliau menjadi jutawan semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, anak-anaknya tidak pun dibenarkan berniaga dengan Kerajaan atau menyertai parti Kerajaan.

“Jika ada anak yang jadi jutawan sila beri bukti akan tarikh gelaran ini diberi kepada mereka, serta bukti kejutaan mereka.

“Jika tidak ada bukti saya anggap kenyataan ini adalah fitnah dan saya berhak bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

BACA:

Disangka juara hal ‘agama’ rupanya juara hal fitnah! Ini senarai ahli politik kantoi fitnah tiada fakta bila bercakap hanya fitnah

Tahukah anda? Ada 5 produk Russia yang hari-hari rakyat Malaysia guna yang korang tak tahu