Patutlah, ini punca lipan bersarang dalam rumah ramai tak tahu
Lipan adalah sejenis haiwan kategori serangga yang berkaki banyak.
Ianya sangat ditakuti oleh kita sebagai penghuni rumah ,terutama lipan dewasa yang boleh menyengat manusia.
Lipan mampu memberi tusukan sengat venomnya kepada manusia. Kesannya boleh menyebabkan mangsa mengalami kesakitan dan bengkak pada anggota badan yang disengat.
Pada kali ini, penulis ingin berkongsi bagaimana haiwan kecil ini boleh berada dalam rumah. Walaupun saiznya kecil sahaja, tapi ia tetapi ditakuti kerana gigitan sengatnya.
Kebiasaanya, bila anda terserempak dengan lipan bara, saiznya pula besar, sudah pasti kita tidak berfikir panjang dan bertindak membunuhnya.
Sengatan lipan ini bukan biasa biasa, racun yang terdapat dalam sengatnya mampu membunuh haiwan yang bersaiz besar.
Walaupun sengatnya dikatakan tidaklah boleh membunOh manusia, tetapi ianya tetap ditakuti. Ia mungkin kerana bentuknya yang menggelikan serta kakinya yang banyak boleh membuatkan sesiapa yang melihatnya rasa meremang.
Untuk makluman anda ,lipan menggunakan dua kaki depannya sebagai penyepit untuk dijadikan senjata utamanya. Ianya boleh menyuntik menggunakan ‘Forcipules’ sekiranya dia terasa diancam.
Walaubagaimanapun , sengat lipan tidak boleh dibuat main jika terkena kepada kanak-kanak atau warga emas, ianya boleh memberikan kesan yang membahayakan.
Bagaimana lipan boleh masuk dalam rumah?
Ini dia punca kenapa lipan boleh berada dalam rumah, anda jangan terkejut ya, tanpa disedari ianya mungkin berpunca dari anda sendiri.
Dalam satu kajian, lipan sangat suka merayap ke tempat yang ada banyak makanan. Contoh makanan untuk lipan seperti anai-anai, lipas, lalat dan labah-labahh.
Nak pastikan lalat dan labah-labah ni tidak ada di rumah anda, boleh masih boleh dikawal oleh lagi, tetapi untuk anai-anai, mungkin memerlukan kos untuk anda mendapatkan khidmat pes control. Tak semua orang mampu nak dapatkan khidmat ini sebenarnya, kerana harga servisnya pun agak tinggi.
Penulis ingin berkongsi beberapa tips terbaik untuk mengelakkan kehadiran lipan di dalam rumah. Anda mesti pastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih dan tidak ada serangga-serangga perosak seperti yang dinyatakan tadi. Tempat yang anda mesti waspada ialah di bilik air dan kawasan yang lembap.
Anda boleh ambil inisiatif ini sebagai petua untuk mengelakkan lipan berada di dalam rumah:
Gunakan kapur barus
Ia mempunyai sifat sama seperti garam, gunakan kabur barus dengan cara menaburkannya di kawasan yang lembap untuk elakkan lipan datang di kawasan tersebut.
2. Gunakan garam
Anda boleh taburkan garam di kawasan dan laluan yang pernah ditemui lipan. Tidak lain dan tidak bukan di kawasan yang lembap.
Anda taburkan sahaja dan tak perlu sapu, dari semasa ke semasa, anda boleh tambah lagi garam disitu. Ulang langkah ini sehinggalah anda rasa tiada lagi lipan di rumah anda.
3. Gunakan daun pandan
Daun pandan ni untuk manusia sememangnya berbau harum, tetapi bagi lipan, ianya adalah bau yang menakutkannya, gunakan daun pandan ini sebagai cara untuk melindungi anda. Caranya adalah diris daun pandan halus-halus dan letakkannya dalam satu mangkuk. Lebih banyak hirisan daun pandan yang anda sediakan lagi bagus.
Langkah seterusnya, anda gunakan mangkuk yang berisi daun pandan itu dan letakkannya di setiap sudut rumah, ini boleh menyebabkan lipan akan mula menjauhi rumah anda.
Semoga perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk elakkan lipan dari terus berada di kawasan rumah anda. Ikhtiar ini bukan sahaja untuk elakkan lipan ada di rumah, tetapi untuk keselamatan anda dan keluarga anda terutamanya jika anda ada anak kecil. Berhati hati lah ya!
BACA: Larian ke joging? Atlet Somalia catat masa paling lambat larian 100m, rupanya jadi atlet guna kabel