Patutlah harga sarang burung walid mahal, rupanya ini khasiatnya yang ramai tak tahu.
Sebut saja sarang burung walit, semua tahu ia merupakan satu komoditi yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat kesihatan.
Makanan ini amat popular sejak zaman dahulu lagi terutama dalam kalangan masyarakat Cina.
Penuaian sarang burung walit ini dikatakan bermula sejak pada tahun 1878 lagi di Gua Niah, Sarawak.
Hari ini, penuaian sarang burung walit telah menjadi satu industri perladangan yang diusahakan secara besar-besaran serta dapat memberi pulangan yang sangat lumayan sehingga mencecah harga RM3500 – RM4500 per kilogram.
Makanan kesihatan ini juga merupakan antara produk daripada haiwan termahal di dunia yang digunakan oleh manusia selain sirip ikan yu dan gamat. Sarang burung walit yang dikomersialkan ini dihasilkan oleh spesies burung walit Aerodramus fuciphagus dan Aerodramus maximus.
Spesies burung ini boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam
Burung walit membina sarangnya daripada cecair air liur yang terhasil daripada kelenjar air liurnya. Cecair ini kemudiannya akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara. Penuaian sarang hanya boleh dibuat apabila anak burung sudah meninggalkan sarang itu.
Rajah 1: Burung walit (Aerodamus fuciphagus)
Amalan pemakanan sarang burung walit boleh dilakukan samada dalam bentuk penyediaan air minuman sarang burung walit atau hidangan sup sarang burung walit. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi dan industri hari ini membolehkan sarang burung walit diaplikasikan dalam pelbagai bentuk baru seperti produk kosmetik dan makanan tambahan.
Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, amalan pemakanan sup sarang burung walit dapat meningkatkan tahap kesihatan. Misalnya, sup sarang burung walit dapat dijadikan sebagai tonik yang meningkatkan tahap kecekapan organ manusia termasuk menghilangkan masalah gastrik, asma, batuk, meningkatkan sistem imunisasi badan, merawat luka terutama luka pembedahan dengan pantas serta meningkatkan tenaga dan metabolisma badan.
Rajah 2: Sup sarang burung walit.
Di samping itu, satu daripada empat kandungan karbohidrat utama yang terkandung dalam sarang burung walit ialah asid sialik. Asid sialik wujud dalam susu badan manusia dalam kepekatan yang tinggi dan merangsang penghasilan susu badan ibu. Ekstrak sarang burung walit turut mengandungi hormon yang merangsang sistem imunisasi manusia serta meningkatkan penghasilan sel stem manusia.
Sarang burung walit juga berperanan sebagai kardioprotektif, terutama mengurangkan kolesterol darah dan menurunkan kolesterol tak baik (LDL) serta mampu meningkatkan memori dan mengurangkan pengumpulan ameloid beta yang dikatakan salah satu punca penyakit nyanyuk.
Anda boleh lihat sendiri perbandingan nilai nutrien sarang burung walit dengan makanan lain:
Sarang burung walit dan produk-produk berasaskan komoditi ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi daripada negara-negara seperti China, Taiwan dan Hong Kong. Antara produk-produk yang dihasilkan berasaskan sarang burung walit ialah minuman sarang burung walit, produk kosmetik dan pelbagai jenis makanan tambahan samada dalam bentuk serbuk, kapsul atau jus.
Sarang burung walit juga telah menjadi antara komoditi eksport utama pertanian di Malaysia. Pada tahun 2015, Malaysia mengeskport 16,000 tan sarang burung walit ke China dengan nilai eksport sebanyak RM89 juta. Sementara pendapatan keseluruhan industri pada tahun itu berjumlah RM400 juta.
Melihat kepada nilai komersial yang ditawarkan industri berkenaan, tidak hairanlah mengapa kerajaan berusaha menggalakkan lebih ramai anak tempatan berkecimpung dalam industri sarang burung walit.
Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Usahawan bersedia membantu golongan berpendapatan 40% terendah (B40) untuk berkecimpung dalam perusahaan sarang burung walit.
Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof menyatakan industri ini terbukti memberi pulangan lumayan kepada golongan B40 di mana mereka boleh meraih pendapatan RM1,500 hingga RM2,000 seminggu.
Namun pada masa sama, industri juga harus berinovasi seiring dengan perkembangan teknologi dan meningkatkan peluang kejayaan pengusaha industri.
Menurut penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Radhwan Hussin, penyelidikan mereka mendapati daripada 120,000 perusahaan rumah burung, 70-80% perusahaan berakhir dengan kegagalan berikutan tiada burung yang bermastautin di rumah burung hingga memberi kesan terhadap bilangan sarang burung.
Dan kebanyakan yang terkena dengan situasi ini ialah pengusaha Bumiputra. Tambahnya, cabaran utama dalam industri ini adalah pengusaha perlu berusaha memikat sebanyak mungkin burung bagi meningkatkan produktiviti sarang burung walit itu.
Ini membawa kepada inovasi Swiflet’s Fountain Feeding Machine hasil kolaborasi dengan UNIMAP dengan Layang-Layang Maju Enterprise. Radhwan berkata, “Mekanisme yang direka ini bukan saja mampu untuk memberi makanan kepada burung malah berupaya menarik burung baru ke sarang dalam komponen utama di dalam rumah burung walet.
” mesin ini terdiri daripada piring perangkap (mengumpulkan lebihan makanan), penghembus elektrik ( menerbangkan makanan ke udara) dan pengira masa (mengawal kuantiti makanan dan jadual pemakanan).
Mesin ini turut menyediakan tempat makanan burung serta sistem suara yang mengeluarkan bunyi seakan-akan burung walit sebagai umpan. Tambah Radhwan, mesin itu direka selepas mengambil kira faktor yang mampu menarik burung walit itu kekal mendiami rumah burung dengan menggabungkan dua ciri penting itu.
Beliau menambah, “Secara semula jadi, burung-burung ini kekal di dalam rumah burung apabila mendapati kumpulan yang lain berkumpul di satu-satu tempat dengan syarat mempunyai bekalan makanan mencukupi.”
Ciri-ciri yang mempengaruhi burung ini ialah penggunaan dua pembesar suara yang mengeluarkan bunyi burung bagi menarik burung itu ke arah mesin. Sementara ciri kedua adalah keupayaan menyediakan makanan kepada burung menggunakan kipas penghembus.
BACA:
Hanya kerana tak bersedia galas tanggungjawab sebagai suami, lelaki ini cekik tunang sampai mati
Masyi dakwa dapat ‘hint’ sebelum kemalangan macam Final Destination