Dah berapa lama Malaysia merdeka, ye? Kalau kita kira balik, dah genap 64 tahun negara kita merdeka.
Singapura pulak pernah jadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia dari 1963 hingga 1965.
Tak lama pun, tapi kalau nak cerita pasal macam mana dorang keluar tu, dah jadi cerita lain la pulak.
Tapi yang menariknya, pada Oktober 1965, wakil tentera Israel datang secara rahsia ke Singapura untuk berjumpa dengan Goh Keng Swee, Menteri Pertahanan masa tu.
Ini berlaku tak lama lepas Singapura merdeka dan diiktiraf sebagai negara. Masa tu, ketenteraan Singapura memang tak power langsung.
Dorang cuma ada satu dua batalion infantri, bot kayu dengan senjata yang tak seberapa, dan tak ada kapal terbang langsung!
Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, pun minta Goh Keng Swee untuk minta bantuan dari negara yang ada kekuatan ketenteraan macam Mesir dan India. Tapi, sedihnya, kedua-dua negara ni tak bagi respon langsung. Akhirnya, Singapura pilih Israel untuk tolong mereka bina kekuatan tentera. Dari situ lah bermulanya hubungan ketenteraan dua hala antara Singapura dan Israel.
Eh, nak kata dorang pengkhianat pun tak boleh jugak sebab Israel je yang willing nak tolong Singapura masa tu. Tapi pelik jugak, kenapa tak mintak tolong jiran-jiran yang dekat kan? Mungkin sebab dorang masih serabut lepas keluar dari Malaysia kot.
Sistem Ketenteraan Ala-Ala Israel
Negara kecik macam Singapura mesti susah nak rekrut tentera sebab bilangan rakyat pun tak ramai. Jadi, semua lelaki yang cukup syarat kat sana wajib join National Service bawah Enlistment Act 1970. Dorang kena masuk latihan tentera selama dua tahun dengan Singapore Armed Force (SAF). Lepas habis latihan, dorang boleh balik hidup macam biasa tapi kena sentiasa standby kalau ada apa-apa kecemasan.
Benda ni lebih kurang macam sistem tentera Israel jugak. Kat sana, setiap rakyat wajib buat military service, siap wanita pun kena join. Patutlah kalau korang tengok askar wanita Israel tu cantik-cantik je dekat media sosial.
Banyak negara lain pun guna sistem ni, tapi kalau banding dengan Malaysia, jauh beza la. Rekrut masuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pun kena tapis ketat-ketat, walaupun ada jugak yang guna “cable”. Tapi, ini bukanlah bermaksud tentera Singapura tak bagus. Cuma nak compare je sistem ketenteraan dorang.
Hubungan Rahsia Ala-Ala Skandal
Singapura dan Israel memang nak rahsiakan hubungan dorang sebab isu sensitif politik. Kira macam ada skandal yang tak nak orang lain tahu lah ni. Tapi, pada tahun 2019, ada buku keluar yang cerita pasal macam mana Israel tolong Singapura dalam bab ketenteraan. Buku tu nama dia Beating The Odds Together (2019), dan ia dikeluarkan sempena 50 tahun kerjasama Singapura-Israel. Jadi, jelas lah hubungan dorang ni dah lama sangat terjalin.
Kod Nama “Orang Mexico” untuk Elak Curiga
Masa Israel hantar penasihat tentera ke Singapura, dorang panggil penasihat tu The Mexican untuk tutup identiti sebenar. Mereka bawa masterplan yang dipanggil The Brown Book untuk bantu Singapura bina tentera dari awal. Time tu, kalau orang Islam kat Singapura tahu dorang tengah dapat bantuan dari Israel, memang confirm ramai yang bengang sebab krisis Israel-Palestin tengah panas masa tu.
Mentor Yang Power, Tapi Layak Ke?
Mungkin ada yang tertanya kenapa Singapura pilih Israel. Sebenarnya, Israel masa tu dah menang 4 perang dengan negara Arab yang jauh lebih besar.
Singapura, sebagai negara kecil, memang nampak Israel ni macam role model dalam ketenteraan.
Hari ni, hubungan Singapura dan Israel dah berkembang dalam banyak bidang lain jugak. Hubungan diplomatik mereka tak terhad kepada ketenteraan je. So, sekutu dorang ni sebenarnya dah lama sangat berakar dalam banyak aspek.
BACA: ‘Saya mahu siasatan menyeluruh dijalankan dan tindakan segera diambil’ Agong titah siasat GISBH