Patutlah bil kat rumah melambung! Lepas aku pasang cctv tu baru aku tahu sebenarnya dia tak kerja, dia buat-buat macam pergi kerja, sejam lepastu dia balik”

Oleh DAHLIA MARZUKI

Salam semua, aku ada nak kongsi sesuatu dan aku nak tanya korang rasa yang aku ni berkira ke tidak. Aku bila ceritakan dekat ayah aku,

ayah aku cakap yang aku ni berkira dan kedekut. Kami sekeluarga duduk berempat. Aku, adik, ayah dan mak aku.

Alhamdulillah rumah kami selesa sebab 3 bilik kan. Lepas habis diploma aku kerja.Aku kerja malam pergi pukuI 5 petang dan 2 pagi baru balik

Patutlah bil kat rumah melambung! Lepas aku pasang cctv tu baru aku tahu sebenarnya dia tak kerja, dia buat-buat macam pergi kerja, sejam lepastu dia balik"

Adik aku masih sekolah rendah dan kedua orang ayah dan mak aku bekerja.

Cerita dia bermula hujung tahun 2022 bulan november. Adik ayah aku datang tidur rumah kami dia kerja katanya tak lama dalam sebulan. Kami sekeluarga okay lah lepas tu ayah aku suruh lah adik aku tidur dalam bilik aku sementara waktu dan biar pakcik aku tu tidur bilik dia.

Aku sebenarnya tak rapat mana dengan keluarga beIah ayah aku. Tapi okaylah sebab sebulan kan lagipun aku kerja malam jadi tak ada masalah sangat.

Routine harian aku pergi kerja pukuI 4:00 petang dalam 4:40 sampai tempat kerja.

Balik pukuI 2 dan dalam 2:30 pagi sampai rumah. Aku selalu sampai rumah keluarkan ayam / daging sebab nak defrostkan. Balik tu aku makan lepas tu lepak dalam 3:30 tidur bangun pukuI 6 subuh dan k3jut adik aku

. Mak dengan ayah aku sebelum pukuI 6 dah gerak ke tempat kerja.

Bila aku bangun tu pukuI 7 pagi tu aku start memasak ini memang rutin harian aku bukan sehari dua tapi dah bertahun. Aku masak ayam, sayur, nasi. Selalunya aku memang dah sukat macam ayam aku masak 10 ketul, sayur satu periuk nasi pula 5 cawan beras yang biasa kat rumah kita guna.

Masak dari pukuI 7 pagi, 8:30 baru siap lepas tu pukuI 9 lebih aku akan sambung tidur sampai pukuI 3. Zuhur adik aku balik dia mandi makan lepas tu petang tu pergi sekolah agama. Aku bangun pukuI 3 atau 3 lebih adik aku memang dah siap gerak untuk pergi sekolah agama.

Aku mandi, solat, duduk dan rilex kejap pukuI 4 gerak ke kerja. Ini rutin harian kami sekeluarga dari sebelum p4ndemik. Jadi pakcik aku pun datang sini duduk dalam sebulan. Seminggu pertama tu okay tapi masuk minggu ke-3 aku balik kerja pukuI 2 pagi tu nasi lauk, sayur semua habis.

Aku ingat mungkin adik ke ayah aku lapar jadi habislah. Tapi seminggu berderet habis. Jadi aku macam eh pelik, selalunya nasi tu memang akan tinggal sikit, lauk dan sayur untuk aku makan waktu balik tu. Aku pun mungkin oh pakcik aku makan.

Jadi aku masak nasi extra sebelum ni 5 cawan tapi aku masak 6 setengah cawan. Kalau ayam 10 ketul sebelum ni aku masak 12 ketul dan sayur tetap sama. Tapi bila aku balik tetap habis juga.

Jadi macam baran lah. Keluarga aku ni, adik aku dia kalau balik sekolah kebangsaan sayur dia memang tak makan.

Ayam biasa dia makan 2 ketul jarang memang jarang betul ambik lebih. Lepas tu malam pun sama dia ambil 2 ketul sayur tak makan nasi pun sikit. Jadi untuk adik aku 4 ketul ayam kalau mungkin lebih sikit 5 ketul ayam.

Ayah aku pula jangan cakap paling pun seketul ayam tapi ayah aku suka sayur. Mak aku pula dia malam tak makan sebelum balik kerja dia makan kat rumah setakat ratah sayur dengan sagu. Jadi memang akan ada lebih ayam, sayur dan nasi itu memang untuk aku balik.

Aku sebelum pergi kerja memang jarang makan sebab dekat tempat kerja aku memang datang tu ada makanan standby untuk staff aku memang makan dekat tempat kerja. Selalunya balik kalau aku check lauk ayam tu memang dalam jumlah 3-4 ketul memang jarang lah habis dan sayur pula ada separuh periuk.

Tapi sejak pakcik aku tu duduk situ habis je. Dah lah habis licin tapi tak bersihkan pula tu. Jadi benda tu berlarutan sebulan dua. Aku yang terp4ksa balik tu singgah beli makanan. Aku bagitahu ayah aku dengan mak aku tapi diorang cakap “biarlah dia nak makan” bukan setakat tu je.

Selalu macam aku beli kek ke coklat dan air macam – macam jenis jajan tapi sampai berapa hari habis. Aku yakin bukan adik aku sebab adik aku ni dia selalu kalau macam nak makan aku punya dia ambil gambar hantar wasap cakap “along aku nak yang ni aku habiskan tau” aku cakap okay baru dia makan kalau tak memang benda tu dia tak makan.

Benda lain aku baran bil air dan api. Rumah aku ni bil air api setiap bulan consistent tak lari jauh. Elektrik selalunya dalam lingkungan RM40 – RM45 air pula RM15 – RM20 memang dalam jumlah tu sahaja dari januari sampai december.

Sekali bila pakcik aku duduk situ. Bil elektrik jadi RM 60 naik banyak tu. Bil air pula jejak sampai RM 25 sebulan. Senang cerita banyak benda dekat rumah ni lari dari yang selalunya aku tahu. Bil air api aku bayar, duit rumah setiap bulan aku bayar, kereta pun sama.

Dia duduk sini tak ada nak hulur duit sikit pun. Dah mula – mula cakap setakat sebulan tapi akhirnya berbulan – bulan sampai sekarang ye ada lagi dekat rumah. Jadi ada sekali ni 2 bulan lepas aku pasang yang macam portable cctv.

Letak dekat dapur sorok dekat atas kabinet semua tak tahu. Jadi nampak lah malam lauk ayam sayur nasi dia yang habiskan. Lepas tu tak basuh kuali periuk semua dia biarkan. Periuk nasi pun dia tak rendam dengan air. Dah makan basuh tangan dia lap tangan dekat tuala aku yang sangkut dekat belakang dapur geram pula aku.

Lepas tu hisap r0kok dah habis dia buka freezer kalau ada kitkat ke kinder bueno dia makan air dalam peti sejuk air gas tu semua dia tonggak je macam tu tak pakai cawan. Yang s4kit hati lagi dekat atas peti sejuk rumah aku tu ada macam mangkuk.

Selalu dekat atas tu aku mak dengan ayah akan letak duit macam terjumpa duit dalam kocek seluar atau ada balance duit seringgit 2 takpun 5 ringgit kami letak situ. Kalau macam terlupa nak tinggalkan duit nanti adik aku akan ambik duit dekat situ.

Kami memang jarang kira tapi tak lari dalam 100 ringgit. Aku pasang cctv tu nampak jelas yang pakcik aku ni setiap kali keluar dia ambil dalam 5 ringgit kadang – kadang tu 10 ringgit. Hampir setiap hari ye dia ambik, kalau tak duit kertas tu dia ambik duit syiling.

Lepas dah pasang cctv tu baru aku sebenarnya perasan pakcik aku ni sebenarnya tak kerja. Dia cuma menyorok dalam bilik. Line clear baru dia keluar. Kadang – kadang tu dia keluar buat – buat macam pergi kerja tapi 30 minit sejam kemudian dia balik.

Selama ni bilik tu tutup kunci memang tak check lah ada orang ke tidak. Aku pun ceritakan dekat mak dan ayah aku. Jawapan diorang? “Biarlah pakcik kau tu nak duduk sini”. Tapi rasa bingit juga sebenarnya. Sebab grocery tu semua aku beli kos bertambah.

Tak ada hulur duit langsung, ambik pula duit dekat rumah. Lepastu kipas dalam bilik 24 jam. Adik aku pun kesian dia ingat sebulan sekali dah berbulan tak lama lagi nak masuk satu tahun tapi masih tak keluar. Aku sebenarnya nak je kasitahu pasal cctv dan video pakcik aku.

Tapi nanti ayah dengan mak aku pula membising pasang benda tu. Sekarang ni nak duduk rumah pun tak tenang. Dah lah rumah ni aku baru dapat kunci awal 2021 haritu. Adik aku tak sampai setahun duduk bilik sendiri dah kena kongsi.

Aku minggu lepas cakap dengan mak aku suruh cakap dengan ayah biar dia bagitahu pakcik suruh sewa atau cari rumah lain.

Sebab dulu mak dengan ayah aku yang nak sangat beli rumah jadi aku guna saving banyak belikan sekarang ada orang duduk walaupun saud4ra mara tapi tak selesa. Jadi tengoklah dia pindah keluar ke tidak. – Farid (Bukan nama sebenar)

Komen w4rganet :

Maddy Yondaime : Ada dua jenis manusia. Yang satu tu sebenarnya bukan manusia. ‘Useful’, and ‘use people’. Dia takkan limit apa dia ambik dari orang.

Jadi kita kena limit apa kita boleh buat untuk dia. Percaya la, kalau tak di h4mbat, memang dia buat muka kesian. Jangan rasa bersalah ya. Ini lessons dalam hidup. Buat baik berpada – pada.

Intan Nursafirah Salim : Anak lelaki yang bertanggungjawab. Masak untuk family lagi. Kalau berani, cuba berdepan dengan pakcik masa orang lain takde. Tanya dia sampai bila nak duduk sini.

Mak ayah nak marah abaikan dulu sebab tu hak tuan punya rumah. Jenis tak malu macam ni memang kena berdepan terus je. Duit atas peti ais tu sorokkan ya.

Aween Hamdan AzwinNalisa : Bagitau je mak ayah pasal cctv tu. Cakap baik – baik tapi tegas. Kalau pakcik tak keluar, bil api air, duit rumah kereta semua… Suruh ayah yang keluar duit. Adik, adik jugak. Sesen tak keluar, bolehlah cakap macam tu. Nak g4duh, g4duh sekarang.

BACA: “Sebabkan abang ada penyakit, abang hanya membesar dalam bilik je, abah pernah letak abang dalam guni bila nak bawa keluar rumah”