Patutlah Bella Hadid anti dengan isr43l? Ini kisah sebenar yang dihadapi keluarganya

Oleh JUNITA ABD RAHIM

Sokongan orang terkenal kepada P4lestin3 bukanlah perkara yang biasa.

Selama ini kita lihat contoh seperti Roger Waters, ahli kumpulan muzik legenda Pink Floyd yang memilih untuk bersuara.

Namun, keluarga Bella Hadid adalah antara yang berbeza dalam hal ini.

Patutlah Bella Hadid anti dengan isr43l? Ini kisah sebenar yang dihadapi keluarganya

Mereka sangat anti-Israel dan tidak pernah rasa takut untuk menyatakan sokongan mereka kepada P4lestin3. Apa sebab di sebalik sikap ini?

Sebenarnya, sejarah keluarga Bella Hadid memainkan peranan besar dalam pandangan mereka terhadap Israel. Ayah Bella, Mohamed Hadid, memiliki latar belakang yang kaya dengan kisah pahit yang berkaitan dengan Israel.

Beliau berasal dari Nazareth, dan sebenarnya, Nazareth adalah punca kepada kata “Nasrani” yang merujuk kepada orang Kristian, menjadikan Mohamed Hadid seorang yang mempunyai akar P4lestin3 yang kuat.

Walau bagaimanapun, semasa Perang Arab-Israel pada tahun 1948, keluarga ayahnya terpaksa melarikan diri dari kawasan tersebut untuk mengelakkan jajahan Israel yang mereka tolak.

Ibubapanya terpaksa berjalan kaki selama dua malam untuk sampai ke sempadan Lebanon dan kemudiannya menerima perlindungan di Syria.

Di kem pelarian Syria, keluarga Mohamed Hadid tinggal dalam keadaan sederhana, dan ayahnya bekerja di universiti Damascus.

Tidak lama kemudian, mereka berpindah ke Amerika Syarikat, di mana Mohamed Hadid kemudian memulakan kerjayanya dan membina rangkaian hotel Ritz-Carlton serta membangunkan dinasti bisnes Hadid yang terkenal, melibatkan anak-anaknya seperti Gigi dan Bella Hadid.

Mohamed Hadid juga pernah berkongsi pengalaman bagaimana keluarganya memberi perlindungan kepada sebuah keluarga Yahudi dari Poland pada zaman di mana tiada negara yang menerima orang Yahudi. Keluarga Hadid menerima mereka dan tinggal bersama selama dua tahun.

Selepas itu, mereka dipaksa meninggalkan keluarga Hadid dan menjadi pelarian semasa konflik. Hadid percaya bahawa tindakan itu tidak berbeza dengan situasi Israel sekarang.

Namun, perlu dijelaskan bahawa Mohamed Hadid bukan seorang yang anti-Yahudi. Beliau pernah menyatakan bahawa jika ada pelarian Yahudi yang meminta bantuannya, seperti keluarga Yahudi dari Poland yang dulu, beliau akan tetap membantu mereka.

Beliau mempunyai kenalan rapat dengan individu Yahudi dan ada yang menjadi godfather kepada anak-anaknya. Mohamed Hadid tidak anti-Yahudi, tetapi lebih kepada penentangan terhadap parti politik tertentu. Baginya, parti politik ini adalah sangat negatif dan tidak lebih baik daripada ideologi pakcik misai kontot yang kontroversi dari Austria.

BACA: Wanita ini adakan majlis pengebumian untuk diri sendiri undang persoalan netizen