“Patutlah bapa tiri suka sangat singgah rumah aku, rupanya ada kaitan dengan isteri aku, belakang aku mereka buat onar!”

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

“Patutlah bapa tiri suka sangat singgah rumah aku, rupanya ada kaitan dengan isteri aku, belakang aku mereka buat onar!”

Seorang lelaki di Serang, wilayah Banten memukul bapa tirinya menggunakan kayu sehingga mati

selepas mengetahui mangsa menjalin hubungan terlarang dengan isteri pelaku lapor laman berita Tribunnews hari ini.

"Patutlah bapa tiri suka sangat singgah rumah aku, rupanya ada kaitan dengan isteri aku, belakang aku mereka buat onar!"

Ketua Polis Serang, Komisioner Polis Tedy Heru Murtianto berkata, Saeful Rohman, 32, baru mendapat tahu mengenai kecurangan isteri dan bapa tirinya walaupun kedua-dua mereka sudah berlaku curang sejak empat tahun lalu.

“Setelah mengetahui kecurangan itu, mangsa telah diusir dari rumah oleh pelaku,” katanya.

Namun, Tedy berkata, selepas dua hari dihalau, mangsa, Pery Sundandar, 52, kembali ke rumah tersebut untuk mengambil telefon bimbit yang pernah diberikan kepada isteri suspek iaitu menantunya sendiri.

Menurutnya, kedatangan mangsa membuatkan suspek kembali naik darah lalu kedua-dua mereka bertengkar sebelum berlakunya pergelutan.

“Suspek terus pergi ke belakang rumahnya untuk mengambil kayu. Dia kemudian memukul mangsa sehingga dia meninggal dunia.

“Polis telah menahan suspek,” kata Tedy.

BACA:Betul ke Tesla pengeluar kereta EV je? Ini 5 produk Tesla yang tiada kaitan dengan kereta ramai tak tahu