Assalam. Rosnah namaku, seorang isteri yang setia kepada suami hampir 10 tahun.
6 bulan lepas aku dikabarkan oleh suami yang aku bakal dimadukan. Yaa Allah, berat sungguh hati ini ingin menerima.
Suami langsung tidak beri peluang untuk berbincang. Aku ingin tahu apa salahku?
Mungkin aku boleh berubah sekiranya ada yang tidak kena pada matanya. Mungkin susuk tubuhku, wajahku tidak secantik dahulu.
Dua pasaang anak lelaki dan perempuan telah aku hadiahkan kepadanya. Tetapi mungkin ada kesalahan yang aku tidak nampak.
Selepas memberitahuku hajatnya, dia terus keluar dari rumah. Dia mengatakan dia tidak perlu persetujuan dariku.
Jika aku isterinya yang solehah, aku perlu setuju hajatnya kerana tiada c4cat cela dari segi nafkah zahir dan batin. Itu dari mulutnya. Kerana wanita jarang untuk bersuara kerana ingin menjaga hati suami.
Sekiranya cukup nafkah yang diberikan, tidak perlu aku keluar bekerja siang dan malam. Aku berniaga dan menjadi agen insurans.
Kesana sini kubawa anak kembar kecilku bertemu klien kerana ingin menambah rezeki didalam keluarga kami.
Aku senyap dia tidak memberi apa-apa hadiah kepadaku, kerana aku tidak mahu dia terbeban. Malangnya disebabkan itu dia merasakan dia cukup memberi nafkah kepada kami anak beranak sehingga ingin menambah cawangan.
Malam ke malam aku tidak dapat tidur. solatku tidak kusyuk. Yaa Allah, jika aku ungkit pengorbananku kepadanya, aku akan muflis pahalaku. Itu bak kata Ustaz2 popular di kaca tv. Tidak boleh ungkit walaupun seinci kepada suami. Tapi aku ini manusia biasa, ada perasaan.
Aku tidak gemar untuk bergduh ataupun bercakar. Aku himpunkan dua orang anak pertama dan keduaku. Aku mengatakan jika aku ingin bercrai, adakah mereka setuju?
Mereka memberontak dan tidak mahu rumah ini terbelah dua. Mereka mengatakan mereka akan membenciku sekiranya aku mohon untuk bercrai. Allahuakbar.
Aku mengusulkan kenyataan ini kepada orang tuaku, mereka juga mengatakan yang mereka tidak setuju. Bagi mereka apasalahnya dimadukan, benda yang halal dan Allah murka sekiranya bercrai. Aku kembali kerumah dan menandatangi surat izin bermadu. Kerana tiada siapa pun yang menyebelahi hasratku.
Dia bangun dengan wajah berseri pagi itu, ibaratkan mendapat wang terpijak, bahagianya dia aku lihat. tiada ucapan terima kasih mahupun memberi c1uman mesra. Langsung dia tidak memperkenalkanku dengan bakal isteri keduanya.
Dia mengatakan dia telah menyewakan rumah lain kepada kami anak beranak. Semua apartment 2 bilik. Kerana rumah yang kududuki sekarang adalah rumahnya. Dia ingin tinggal disini bersama isteri kedua.
Aku diam, asalkan dia memberikan kami sebuah rumah untuk kami tinggal, itu sudah melebihi cukup. Kerana ini adalah tanggungjawab nafkahnya dan dia tidak akan dipersoalkan oleh Hakim atau Allah diakhirat kelak.
Aku hanya membatu dan pura-pura kuat. Yang mengejutkan aku anak kami pertama dan kedua rupanya sudah bertemu dengan bakal ibu baru mereka.
Patutlah mereka setuju suami berkahwin lagi. Menurut anak keduaku, bakal ibu mereka itu selalu membelikan hadiah kepada mereka.
Aku agak iri hati kerana dari percakapannya dia sudah lupa yang aku ini ibu yang melahirkannya. Mungkin aku agak kedekut kepada anak-anakku kerana aku ingin mengajar mereka berdikari. Apa sahaja yang dihajat mesti mendapat dari hasil usaha sendiri.
Sama ada belajar bersungguh-sungguh atau membuat sebarang kerja rumah, aku akan memberikan mereka hadiah selepas itu. Mereka masih kecil, mungkin mereka masih lagi tidak nampak mengapa aku menjadi sang kedekut pada mata mereka.
Suami mengatakan dia akan membawa anak pertama dan kedua tinggal bersamanya. Aku hanya perlu membawa anak kembarku kerana mereka masih menyusu. Aku tidak membantah. Hanya air mata sahaja menjadi teman tidurku setiap malam.
Bulan depan adalah majlis mereka. Anak-anak telah ditempah pakaian baharu. Aku rasakan yang bakal maduku adalah orang senang. Tapi sampai sekarang aku masih tidak tahu siapa namanya dan bagaimana rupanya.
Sepanjang penulisan ini aku masih mengemas barang-barangku untuk ke rumah baru. Kawan-kawanku memberi kata semangat, mungkin ini jalan yang terbaik untuk diriku.
Aku akan ada banyak masa untuk diriku sendiri. Aku sudah tawar hati kepada suami, aku tidak pernah bertanya apa perancangannya untuk giliran malam. bagi aku, asalkan ada tempat berteduh dan terpulang kepadanya untuk balik kerumahku ataupun tidak.
Ada sahabatnya yang menyaranku untuk sambung belajar. Aku masih pertimbangkan hal ini. mereka juga menyuruhku untuk berikan semua anak-anakku kepada bakal madu untuk dijaga. Lagipun ini adalah tanggungjawab suami dan bukannya aku.
Sahabat-sahabat sekalian, aku ingin mengetahui pendapat kalian mengenai ini. Adakah perlu aku memberikan kembarku kepada suami untuk dijaga?
Ada tak apa-apa idea untuk menjana lebih pendapatan disamping menghabiskan masa dari hanya menangis mengenang nasib? Aku harap ada yang senasib denganku memberi sikit tunjuk ajar bagaimana hidup bermadu.
Sesungguhnya hatiku sudah tiada apa-apa lagi perasaan. Hanya kepada Allah aku memohon supaya ikhlaskan hati ini kerana hidup ini hanya pinjaman semata-mata..Sekian, Wassalam.
Apa reaksi warganet
Yanie, Begitu lah ujian Allah utk Insan istimewa spt mu.. Cakap mmg senang.. Tp dik.. Akak kagum dgn kamu kerana masih lg waras menghadapi semua ini.. Akak doakan kamu dimurah rezeki dan bahagia.. Bahagia yg Allah hadiah kan di atas kesabaran menghadapi ujianNya .. Anak kembar masih menyusu kan.. Jgn diberi lg kpd sang suami.. Bekerja lah mencari rezeki namun jgn di lepas tanggung jwb suami utk beri nafkah duit menyara anak..
Tuntutlah walau sesen pun.. Jika culas, ambil tindakan Undang2.. Tentang dirimu dik.. Carilah bahagia di celah2 ujian itu.. Minta pd Nya.. Akak doakan kamu.. Selamat berjuang.
Sya Nisa, Zalimnya suami puan, jagalah anak kembar puan sebaiknya, anak2 yg berpaling tadah biarkan dengan ayah mereka. Belajarlah kemahiran baru utk mengisi masa lapang. Jangan gunakan masa puan yg berharga utk menangisi apa yg terjadi. Ingatlah bahawa airmata kita mahal utk dihabiskan utk manusia tak guna.
Hanya utk Allah. Mengadu pd Allah, org yg teraniaya Allah akan makbulkan doa. Saya doakan moga puan tabah dan diberikan kekuatan utk menghadapi dugaan ini. InsyaAllah ada hikmahnya. Jgn mengalah. Tuntut hak puan sebagai isteri.
Siti Murni, Confesser stay dimana ya? Kalau area melaka atau Jb tolong pm saya. Kalau luar JB atau Melaka pun xpe boleh pm dulu kita kenal2 & tukar2 buah fikiran ke camne dulu.. Ada perkara besar yg nak sy bincangkn dgn confesser ni.. Inshaallah boleh bantu masa depannya&ubah personality dia jadi permata yg berharga.
Kata orang kemaafan dndam. Terindah tapi bagi saya saat diri dipijak hina sebegini.. Kejayaanlah dndam yg terindah.. Fokuskn diri utk maju & kembali dipandang tinggi..hargai diri sendiri. Kita wanita k4um istimewa. Kita pasti bisa. Hahaa..
Norly Zamani, Apa perlu mintak pertanyaan org lain? Sedangkan org lain bergembira dan kau berduka…. wahai bidadari… berhenti saakitkan dirimu demi kebahagian org lain… anak2 mu tentu akan faham suatu hari nanti… keluargamu itu hanya memberi pandangan tp yang rasa tersksa dirimu.
Kalau masih bertegas untuk masih setia tanpa ada keadilan untukmu teruskan…tapi jika saakit tu terlalu mendalam untukmu…keluarlah…. tiada salah… kumpulkan semangat dan peguam yg bagus..
Harraz Intan, Manusia jika sdg dilamun cinta yg baru, todak dtg menyerang dirinya pun dia okey jer. InsyaAllah ada byk peluang perniagaan diluar sana.
Utk anak², doa seorang ibu tiada hijab.teruskan berdoa buat anak² agar mereka sentiasa menyayangi & hormat sis.
Betul kata kawan²,gunalah peluang ini utk menambahbaik taraf hidup.salah satunya sambung belajar.insyaAllah akan Allah permudahkan urusan sis.
Emira Nor, sedih memang sedih . Tapi selama mana nak mengenang naseb kalau suami sendiri dah jadikan Puan sampah ? nak bercrai , tak perlu minta izin seluruh manusia pun.
Kalau suami boleh buat keputusan sendiri , puan pun bangkit la buat keputusan sendiri jugak. Sudah la bersedih lama lama , membazir masa. pergi carimasa depan. kalau skrg di madukan dengan mudah , tak mustahil lama lama crai pun senang.
Norhizan Yusuf, kalau boleh jumpa la org2 yg pandai dlam hal nafkah pembahagian dn sebagai nya..nmpak puan langsung x di hargai sebagai istri..lepas ni puan kena bijak.jng bantu lagi suami,kena ada simpanan sendiri jaga diri sebaik nya..tu tgh berkemas ambil ape sahaja yg puan beli jng tinggl kan biar dorg beli sendiri..anak yg suami nk bela tu puan pastikan tiada sebrang pendraan fizikal or mntal..yg penting jaga hati dan rawat diri sendiri dng baik..byk kn berdoa pada allah untuk puan n ibubapa.
Fuas Salleh, Kak, bercrai bukanlah suatu kutukan/sumpahan..jika ianya baik untuk masa depan akak, maka baiklah ia..jangan takut pada title janda, sedangkan akak merana membawa title isteri tua. Saya dapat rasakan suami akak tidak akan berlaku adil, mcm org cakap sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi..
Rumah yang disediakan itu pastinya akak yang akan bayar lepas ni…jika anak2 akak membenci akak sekali pun kerana memohon percraian, biarkan..lagipun mereka selepas ini tinggal bersama ibu tiri mereka..insan yang melahirkan itulah yang akan mereka cari untuk mendapat restu kelak..all the best kak, semoga berjumpa dengan kebahagian diri. Good luck.
Puteri Pelangi, Puan kene cerita yg puan kene kluar dari rumah puan kepada keluarga puan. Dalam kepala saya, risau di rumah baru, tiada kelengkapan asas, peti ais, mesin basuh dll. Nantibpuan kene beli sendiri ini pun kene f1ght. Rumah yg lengkap. Kalau tak, pindah n bawah perkakasan asas.
Saya x rasa madu puan org senang, sb kalau org senang dia xkan nak duduk rumah yg puan duduk, sangat tak logik. Dalam waktu yg sama, buat lah saving puan demi masa depan anak2.
Cukup2lah menolong suami, sb itu pilihan bukan kewajipan isteri. Lagipun saya percaya, dan pastinya byk yg puan korbankan untuk suami dan anak2 dan melupakan keinginan sendiri…bangkit semula. Love urself and move forward.
Puan tak ada yg salah kerana mmg tiada org yg sempurna tetapi suami puan seorang yg tak bersyukur dan rasa diri dia bagus. Semoga dilapangkan hati, dipermudahkan urusan. Bergantung pada Allah. InsyaAllah yg baik2..aamiin.