Kalinie kali terakhir aku jumpa dia malam tu. Baru baru nie jugak aku jumpa dia.
Sebelum jumpa pun, dia soh tunggu sekejap sebab nak cover dengan bf dia takut bf dia pelik yang dia tibe tibe hilang.
Bila dah selesai, kitaorang balik ke rumah masing masing tetapi aku masih rindu sangat kat dia.
Entahlah aku taktau kenapa aku jadi macam nie. Sangat sangat hairan. Sampai bercakap sorang sorang wehh.
Dan kalau korang nak tau, sepanjang aku rapat dengan si Lina ni nfsu aku kat wife terus hilang.
Tengok wife pun tak ada selera dan sepanjang aku rapat dengan Lina hanya 3 kali saja aku bayar nafkah batin dekat wife aku. 2 bulan lebih hanya 3 kali sahaja.
Aku nie dah kire tak bayar nafkah batin selengkapnya dekat wife aku tau.
Ada satu kali tu aku rasa kali ke dua aku bersama dengan wife aku, tengah tengah bersama nie aku tibe tibe terbau sesuatu yang sangat sangat sangat busuk sampaikan aku tak ‘khusyuk’.
Hanya separuh jalan sahaja. Tak pernah jadi sepanjang aku kawin.
Bau tu macam lalu then hilang, bau tu buat aku lagi tak berselera untuk aku bersama dengan wife aku.
Aku bila dengan Lina, berahi aku nie mencanak canak. Tapi kalau dengan wife, nothing happen. Peluk kiss wife pun semata syarat.
Pelik dan sangat pelik, tapi masatu aku tak sedar. Aku masih gilakan Lina dan otak aku masih fikirkan Lina.
KEMBALI MENCARI DIRI
Selepas kitaorang jumpa malam tu, dia sekali lagi ghaib. Aku? Macam biase. Jadi giila lagi.
Cuma kalinie aku tak segila masa setiap hari aku datang rumah dia semata nak tengok dia.
Selama aku gila bayang, aku ada jugak selawat istifar banyak banyak sebab aku rasa sangat tak sedap hati.
Cuma ada satu hari tu, giila aku datang balik. Kali nie lagi giila, aku biase kalau lalu depan rumah dia aku sekadar lalu sahaja. Tak masok sampai depan rumah, tapi malam tu aku siap parking depan rumah dia.
Dah la ada orang tengah lepak, aku dengan selambe nye parking depan rumah dia mengharapkan dia nampak aku danjumpa aku.
Tapi hampa.. Aku call dia, dia suruh aku balik. Takpela, tak dapat tengok kau tengok kereta kau pun aku da senang hati.
Tapi, balik tu aku mula serabut giila. Terus aku call pakcik tu untuk jumpa malam tu jugak.
So sampai rumah aku solat isya’ and makan roti sekeping untuk hilangkan lapar dan terus pergi rumah pakcik tu. Pakcik tu orang bawah nie la. Nie ha perenggan bawah nieeeee. Haha
Satu hari tu, aku ada kenalan yang pandai dan bole tengok dengan mata halus nie. So aku pun set untuk jumpa dengan pakcik tu.
Alhamdulillah, dia sudi dan dia cakap “anytime kau datang saja fatt. Kite borak berdua. Jangan takut dan risau. Apa apa kau yakin dengan Allah.”
So aku pun set lah dengan dia hari perjumpaan tu.
Oh ya, sebelum aku jumpa pakcik tu aku ada jumpa kawan aku yang banyak bagi aku dorongan adab apabila kita nak mulakan sesuatu dan akhiri sesuatu pekerjaan.
Sepanjang aku borak dengan kawan aku tu, sambil tu aku ajak dia pergi tengok rumah si Lina nie lagi.
Malam masatu dekat pukul 12 malam pergi sana. Masa aku lalu jalan depan rumah dia tu aku nampak kereta dia. Aku just lalu dan balik.
Bila kawan aku dengar saja dari a-z cerita aku nie mengucap panjang dia. Lagi lagi bab yang si Lina ‘sentuh’ mata/kening aku tu. Aku terus macam jadi speechless.
Dalam fikiran aku, mungkin firasat aku ni betol dengan apa yang aku cuba untuk selesai kan. Then kawan aku nie bagi aku satu amalan yang selalu dia amalkan.
Tak kire dari mana kau balik, sebelum masuk rumah basuh kaki dulu baca surah kursi and selawat 3 kali.
Kalau kau rasa tak sedap hati, jangan masuk rumah dulu. Lepak luar saja dulu, jangan bagi bende tak elok masuk dalam rumah.
Balik dari jumpa kawan aku tu, sepanjang jalan yang mana ada anjing dia punya meyalak jangan cakap. Dah macam aku nie lah hantu nya. Siap nak dikejarnya aku nie.
Aku naik kereta kot. Tinted gelap, apa yang anjing tu menyelak kan nye? Apa yang anjing tu nampak?
Pelik kan.. Yes, itu la yang aku hadap malam tu.
Berbalik pada aku jumpa pakcik tu..
SEDAR DIRI
So lepas aku siap siap solat aku jumpa pakcik tu aku ceritalah dari A-Z cuma lebih detail dari apa yang aku cerita dekat kawan aku.
Sampai dekat satu babak tu, aku stop dan aku tanya dia.
“Cik, betul ke dia kenekan saye?”. Nak tau apa dia jawap?
Dia jawap. ” Benda tu pun dah ada dekat sini”
Pehh! Terus meremang bulu roma aku. Terus sejuk satu badan, padahal angin tak ada ribut tak ada tapi memang itulah situasi malam tu.
Dari pukul 11 malam sampai 2 pagi aku berubat dan cerita dekat dia.
Dah pertengahan cerita tu dia cakap nak masuk dalam rumah jap ambik ‘barang’ and dalam 15 minit macam tu baru dia keluar balik.
Dia bawakkan garam + lada hitam dan ada minyak aku pun tak pasti minyak apa tapi macam minyak attar ( maaf kalau salah eja )
Garam kasar tu dia suruh aku ambik seketul, selawat 3 kali dan kemam. Setiap kali teringat dekat Lina dia suruh aku kemam.
Then dia ada calitkan minyak tu dekat jari manis aku dan suruh sapu dekat kening dan kepala.
Beberapa minit kemudian, kepala aku berdenyut macam migraine. Sampai aku urut urut lah kepala aku.
Pakcik tu cakap, “jangan di layan, kau abaikan dan teruskan cerita kau.”
Apa yang aku cerita ni ada satu babak apa yang aku buat dengan Lina tu aku tak cerita kat pakcik tu, aku terskip cerita sikit kat dia. Then bila dah nak habis cerita, dia cakap dengan aku.
Pakcik : “Barang barang nie semua memang dah ada dalam rumah nie Fatt dan aku dah sediakan dah. Cuma kau mesti pelik kenapa aku ambik masa sikit untuk keluar?”
Aku : “Aah pakcik, macam lama sangat pakcik ambik barang barang nie kat dalam. Haha.”
Pakcik : “Sebenarnye aku cube berinteraksi dengan benda tu and benda tu bagitau ada 4 perkara yang Lina tu buat kat kau.”
1. Bagi makan
2. ‘Sentuh’ kening/mata
3. Main main dengan kemalvan kau
4.
Sampai no 4, dia stop and dia tanya aku.
Pakcik : “Cuba kau ingat, ada lagi satu bende kau buat dengan dia tapi kau terlepas nak cerita dekat aku. Cuba kau ingat balik..”
Aku : Sedang berusaha ingat balik apa dia buat
Pakcik : “Dia ada tak baring atas badan kau tak kisah sama ada masa jumpa dalam kereta atau masa kat hotel?”
Aku : “YES!! YES YES YES!! Dia ada baring atas saya pakcik. Memang ada. Dalam kereta ada dalam hotel ada” (Dalam hotel of course la ada sebab aku buat maksiiat dengan dia)
Pakcik : “Semua situasi ni lah dia calit minyak dekat kau fatt. Kalau makanan tu dia letak setitik dan gaul.
Tapi kesan paling kuat bila dia ‘sentuh’ kening kau siap lafas ” BIAR AWAK NAMPAK SAYA SEORANG JER”
Pakcik tu siap bagitau, sebab kenapa masa aku tengah bersama dengan wife aku tu ada bau busuk yang lalu.
Yes, bau tu bau bende yang ikut aku supaya aku tak ada selera dan bersama dengan wife. Tapi bila aku dengan Lina, mencanak tak ingat dunia pistol aku ni.
Sejak tu aku terdiam.
Aku terkenang balik saat saat indah aku dengan wife aku. Macam mana susah nya aku nak dapatkan wife aku, macam mana menggigilnya nak berdepan dengan ayah dan mak dia, macam mana seronoknya berjalan dengan dia, balik kampung dan kenal family dia belah mak dia.
Dan yang buatkan aku paling sedih, wife aku bukan sihat sepenuhnye.. Dia tengah tak sihat, tergamak aku buat macam tu dekat wife aku.
Sedangkan dia dah buat yang sangat sangat sangatt terbaik untuk aku dan family aku.
Sejak dari malam tu, aku sedar banyak khilaf aku. Kadang aku terfikir, kenapa lama sangat aku tak diuji?
Rupanya, Allah da atur kan waktu dan masa yang sangat tepat.
Sampai aku sedar, aku ni sombong dengan Allah. Habis solat aku terus bangun dan sambung kerja aku. Aku tak doa apa apa pun. Sedangkan aku boleh saja baca doa.
Aku hanya baca doa selepas solat apabila aku berjemaah dengan wife aku. Bila aku solat sorang, aku tak ambik pun masa sekejap untuk munasabah diri selepas solat.
Dulu masa nak dapatkan wife aku, aku siap solat hajat pukul 3-4 pagi. Tapi sekarang bila aku dah dapat, aku sombong dengan Allah.
Sedangkan Allah dah pesan kat kita semua, nak apa apa mintak dekat Allah walaupun secubit garam. Tapi aku? Sombong..
Allahamdulillah sekarang aku dah kurang fikirkan pasal Lina. Cuma kadang kadang tu aku teringat aku akan selawat banyak banyak sampai hati aku tenang.
Ada jugak aku terfikir, apa salah aku dekat Lina sampai dia buat aku macam ni. Selama berurusan jual beli dengan dia aku tak ada apa pun yang jadi semua ok saje.
Pakcik tu ada bagitau aku, Lina ni jenis tak puas. Dan pakcik ni diberitahu bahawa bukan aku seorang mngsa Lina tapi ramai dah kena.
Terus aku teringat masa dekat hotel aku ada ternampak ws hp dia tu ramai dia contact. Sebab aku ada belek belek ws dia tapi just sekilas pandang saja.
Alhamdulillah, aku bersyukur sangat Allah uji aku macam ni. Supaya aku terus berdoa dekat Dia. Supaya aku terus fokus kat wife aku untuk membahagiakan wife aku.
Alhamdulillah jugak, kejadian nie berlaku tahun lepas dan masih segar dalam kepala aku supaya aku terus sedar siapa diri aku. Aku hanya insan kerdil yang mana aku perlu Allah disetiap masa aku.
Kepada isteri abang, abang minta maaf sebab terpaksa rahsiakan perkara ini dari sayang. Abang tak nak kesihatan sayang terganggu atas apa yang berlaku.
Cukuplah sekadar memori yang abang takkan lupa sampai bila bila. Dan terima kasih sebab terima abang seikhlas hati sayang.
Kepada Lina, aku tau satu hari nanti kau akan baca kisah aku ini. Kat mana kau berada sekarang, apa kau buat sekarang, ingatlah anak kau.
Aku kesian dekat kau, jugak kesian dekat anak kau.
Aku berdoa selalu semoga Allah bukakan hati kau untuk kembali ke pangkal jalan. Aku selalu doa untuk kau Lina.
Aku berharap Allah beri hidayah untuk kau supaya kau berubah. Jangan diteruskan apa yang kau da buat, dan aku harap aku orang terakhir yang kena.
Carilah imam yang mampu bimbing kau jugak anak kau Lina. Jadilah seorang ibu yang sentiasa ada disaat anak nya memerlukan ibunya.
Aku harap kau tinggalkan bf kau dan cari yang lebih baik dari dia jugak aku. Jangan risau, aku akan selalu doakan untuk kau.
Dan sampai ke hari ini, nama kau tak lepas dari doa aku. Semoga kau insaf Lina..
Kepada pembaca yang sudi membaca coretan aku.
Aku tak minta banyak, cukup sekadar doa untuk kebahagiaan aku dan keluarga aku. Aku taknak hidup kaya, cukup sekadar cukup. Aku taknak hidup dikenali, cukup hanya aku dengan Illahi.
Pesan aku kepada semua, yakinlah bahawa setiap kali korang diuji bahwa Allah rindukan suara korang. Sentiasa sebut nama Allah, sentiasa selawat atas Nabi.
Kalau korang diuji, bersyukurlah kerana orang yang diuji adalah yang yang terpilih. Kerana kasih dan sayang nya Allah pada kita.
Aku harap kepada yang mendoakan aku dan wife, semoga kebaikan berbalik kepada korang berjuta kali ganda.
BACA: Zul Ariffin melawat Al-Ula kota yang dilaknat undang reaksi netizen