Patutlah abah tak pernah belikan mak baju baru, mak pergi kerja pakai baju yang sama setiap hari, rupanya abah sibuk nak kahwin lain’

Oleh INFORAKYAT

Assalamualaikum and hai. Nama aku Bunga Dahlia (Bukan nama sebenar). Aku 20-an. Kisah ini berlaku dekat ahli keluarga aku sendiri.

Iaitu ibu aku, wanita cantik, cekal dan kuat. Cantik namanya secantik orangnya. Wanita yang telah menginjak umur 60-an.

Ibu, senyuman mu kian pudar dari hari ke hari. AKU RINDU. Aku membesar dengan melihat betapa struggIenya ibu membantu bapak dalam segala hal.

Kewangan, masa dan segala – galanya. Ibu menggadaikan segala yang ibu punya hanya untuk membantu bapak. Ye, dari muda sehingga kini.

Dan kadang – kadang aku tertanya – tanya, kenapa ibu aku seolah – olah tak mementingkan dirinya sendiri.

Patutlah abah tak pernah belikan mak baju baru, mak pergi kerja pakai baju yang sama setiap hari, rupanya abah sibuk nak kahwin lain'

Tidakkah ibu aku merasa dia pun berharga dan layak berbahagia! YOU DESERVE THE WORLD, MOM. Hampir tiap tahun usia aku meningkat, aku selalu mendengar ibu akan berkata di hujung – hujung usia ibu, dia ingin travel pelbagai tempat dan menikm4ti hari tua yang indah bersama suami anak dan cucu – cucunya.

Ke sana ke sini melakukan perkara yang dia suka bersama bapak, berjalan makan dan minum benda yang dia tak dapat lakukan semasa muda. Dia ingin memenuhi segala impiannya yang terpendam sejak dulu lagi. Ibu seorang wanita yang tiap harinya membanting empat kerat hanya untuk membantu bapak memenuhi segala kelengkapan, makanan minuman dan segalanya untuk keluarga kecil kami.

Ibu mempersiakan masa muda, kecantikannya, impiannya hanya untuk membantu bapak dari pelbagai segi. Ibu bangun pagi, meninggaIkan kami berdikari, melakukan segala kerja rumah demi pergi bekerja. Dan akan pulang setelah jam 7 malam. Letih, barai, kepenatan. Apa sahaja yang tak ibu rasakan.

Begitulah rutin harian ibu demi membantu bapak. Tapi jarang sekali keluhan yang aku dengari. Kecuali kata – kata semangat demi keluarga kecik kami. Sepanjang aku membesar, ibu memakai baju kurung yang hampir sama setiap hari ketika hendak ke kerja.

Ada setengah baju ibu koyak di bahagian ketiak, poket, kolar leher, hantar tukang jahit, pakai balik, koyak balik, hantar balik ke tukang jahit. Zip kain yang rosak, ibu tutup dengan pin panjang orang dulu – dulu selalu guna.

Mana yang boleh dijahit tangan, ibu akan jahit tangan. Mana yang boleh ditampal, ibu akan tampal. Yea hampir semua baju kurung ibu seperti itu. Alasan ibu mudah dan tersangat mudah, “sayang dan mana boleh pakai, pakai je lah..” Bapak mana ada duit untuk belikan.

Ibu jugak selalu berimpian untuk berjalan ke mana – mana bersama bapak. Makan yang sedap – sedap, beli barang kesukaannya dan ke sana sini bersama bapak. Tapi disebabkan kami kecil dan susah. Ibu selalu berimpian akan memenuhi segala keinginannya di hari tua nanti bersama bapak. Menggunakan wang pencen yang ada untuk memenuhi impian ibu.

Kerana kata ibu, anak – anak kecil lagi dan banyak komitment yang perlu didahuIukan. Ibu mempunyai pelbagai hasrat di hati dan selalu berusaha sendiri untuk mencapai segala hasratnya. Ibu selalu merasa akan menyusahkan bapak jika dia meminta sesuatu.

Dan sebab itu, ibu selalu mengeluarkan semua duit yang dia ada demi sebuah keselesaan untuk keluarga kecil kami. Aku selalu melihat sed4ra mara kami jijik hingga menjinjitkan kaki apabila ke dapur kami, tak makan makanan yang ibu masak kerana dapur kami.

Kerana segan ibu selalu meminta bapak mengupah orang untuk membetulkan dapur kami dan mengeluarkan simpanan kecil yang beliau ada. Tapi bapak selalu kata membazir dan biar dia buat sendiri dan akhirnya selalu mengecewakan dan seperti rumah setinggan.

Short story, bapak telah melakukan perkara yang tidak kami duga, bapak dengan bangganya mengatakan dia telah bernikah dengan wanita lain. Wanita yang tidak akan kami selidiki asal usulnya. Bapak merasa dia mampu untuk bernikah dengan wanita itu sedangkan ibu yang telah bergolok gadai dari muda sehingga pencennya hanya untuk membantu bapak.

Bapak juga memgeluarkan simpanan yang beliau ada untuk membaiki rumah wanita tersebut, mengguna khidmat kontraktor yang mahal dan segala – galanya. Ibu? Ibu yang telah melakukan semuanya demi tampak sederhana dan sempurna.

Masanya, kecantikannya, impiannya dan dan mimpi – mimpinya, segala – galanya. Ibu telah pertaruhkan dan semuanya sia – sia! Dan bermula dari itulah kami kehilangan sosok ibu kami. Ibu yang cantik, cekal dan kuat. Kami kehilangan wanita yang berimpian tinggi, wanita yang mempunyai segala keinginan dan wanita yang suci.

Ibu telah meleburkan segala impiannya pada hari di mana bapak mengatakan beliau menikah lain. Ibu menanam segala impian ibu dan sudah menyerah. Tiada lagi butir – butir impian dari ibu, tiada lagi kata – kata untuk dihari tuanya, tiada lagi senyum tawa ibu, tiada lagi semuanya.

Ibu telah menguburkan semuanya termasuk senyuman manisnya. Kini yang ada hanya redupan wajah yang sedih, wajah yang sudah berserah dengan takdir tuhan, wajah yang mengharap belas kasih sayang Tuhan. Ye.. Demi Allah kami telah kehilangan sosok ibu kami.

Ibu sudah tak seceria dulu, tak semangat seperti dulu, dan hanya sebutir – butir sahaja ayat dari mulutnya. Menghampar sejadah, berkomunikasi di dalam tadahan airmata kepada Tuhan. Aku rindu panggiIan ibu kepada, “Anak cantik ibu”, “Moga cepat sembuh sayang ibu”. AKU RINDU.

Kami? Kami kehilangan kedua – duanya. Bukan kehilangan di dunia tapi kehilangan kasih sayang dan komunikasi. Dunia kami bagai terhenti. Bapak aku sangat – sangat tertarik dengan kehidupan barunya. Hinggakan aku hampir tidak lagi mendengar perkataan, “sayang cantik ayah”, “anak manja ayah”.

Aku tipu kalau aku kata aku tak rindu bapak, aku tipu kalau aku tak rindukan peIukan dan civman bapak. Aku tipu kalau aku kata aku tak terkesan dengan semua ini. Tapi ses4kit aku melalui, s4kit lagi ibu aku yang menghadapinya.

Dulu, keluarga aku susah dengan kewangan dan kesempitan hidup tetapi kami bahagia. Bahagia dengan cara kecil kami. Kini, kami mempunyai segalanya tetapi kami kehilangan harta yang kami tak dapat jual beli di mana mana.

Kalau lah masa boleh berputar kembali, Aku hanya ingin kembali kehidupan yang dulu. Biarlah dih1na miskin, dic4ci dik3ji tapi kami bahagia. Kami hanya ingin ibu kami kembali, kami ingin senyuman dan tawa ibu kami, kami hanya ingin melihat selera makannya, kami hanya ingin lihat ibu kami yang berimpian tinggi dan sentiasa cantik di mata kami.

Ibu, andai engkau membaca coretan hatiku ini. KEMBALI LAH IBU. Tersenyum lah seperti dahulu, ketawalah seperti dahulu, kami janji takkan persiakan segala impianmu ibu. Kami rindukan kamu IBU. Tiada tokok tambah di dalam cerita ini.

Inilah kisah kami yang kehilangan kedua dua sosok kesayangan kami. Mereka ada tetapi jauh dan susah untuk kami gapai. Inilah coretan keluarga kami di tahun ini. Aku bunga Dahlia yang sudah layu. – BUNGA DAHLIA (Bukan nama sebenar)

Komen W4rganet :

Fauziah Zainal Abidin : Masa untuk kamu berbakti pada ibu sekarang. Berikan dia keselesaan, kemudahan, masa untuk bersantai, berhibur dengan kamu dan adik beradik lain. Usah meratap nasib. Kamulah yang kena kuat untuk ibu kamu. Ayah kamu – biarlah dia dengan dunia dia. Kalau dia betul – betul bertanggung jawab dia nanti sedar lah jugak.

Myzura Kamarul : Banyak pengajaran dari kisah ini. 1. Kadang – kadang tidak berbaloi berhempas pulas untuk satu sosok lelaki yang tidak mengutamakan nafkah dan keperluan isteri dan anak – anaknya. 2. Lelaki kalau nak darjatnya dipandang tinggi dan diredhai Allah,berikanlah nafkah kepada isteri dan anak – anak. Itulah asbab lelaki dinaikkan darjat kerana usaha tulang 4 ker4tnya dipandang Allah.

3. Isteri kalau nak selamatkan suami dari api ner4ka, mintaklah nafkah dari suami. Jangan malu dan segan. Itu hakmu dan hak anakmu. 4. Seorang lelaki bila berkahwin dengan sorang wanita, hargailah dia.

Awak ambil dia dari ibubapanya yang jaga dia dari sebesar 2 jari. Bila dapat kat awak, baju pun koyak rabak tak berganti. 5. Semoga Allah kurniakan syurga buat ibu TT kerana kesabaran beliau.

BACA: Ini punca sebenar tayar botak tengah, luar dan dalam ramai wanita tak tahu, yang dia tahu bawa je