‘Patutlah 24 jam pakai tudung dalam rumah, suami tak sangka isteri tersayang rupanya lelaki!

Oleh DAHLIA MARZUKI

Kisah perkahwinan sesama jantina yang tidak disengajakan bukanlah perkara baru dalam laporan media, walaupun ia mungkin kedengaran pelik

. Segelintir individu memang licik dalam memperdaya pasangan mereka, dan penipuan sering hanya terdedah selepas perkahwinan dan malam pertama.

Namun, kisah Muhammad Umar ini jauh lebih mengejutkan. Setelah enam bulan berkahwin,

kebahagiaan Umar sebagai suami musnah apabila dia mendapati isterinya sebenarnya seorang lelaki tulen.

Mereka mula berkenalan melalui media sosial Facebook, di mana Umar terpesona dengan penampilan anggun Icha, atau nama sebenarnya Rahmat, yang sering mengenakan kain bandana biru.

'Patutlah 24 jam pakai tudung dalam rumah, suami tak sangka isteri tersayang rupanya lelaki!

Pernikahan Icha dan Umar disahkan oleh Pejabat Agama

Selepas berkenalan rapat dan Icha sering mengunjungi rumah Umar, pasangan itu akhirnya berkahwin di pejabat agama dan menerima sijil nikah rasmi.

Selama enam bulan berkahwin dan tinggal bersama, beberapa kejanggalan mula timbul mengenai ‘wanita’ itu:

Icha selalu memakai baju tertutup dan tudung di rumah, bahkan ketika mandi.

Lampu bilik akan dipadamkan dan keadaan menjadi gelap sepenuhnya ketika mereka ‘bersama’ pada waktu malam.

Icha tidak suka baring secara terlentang di katil, sebaliknya lebih suka meniarap.

Selama enam bulan, Umar tidak pernah melihat tubuh Icha secara keseluruhan.

Hubungan suami isteri dilakukan dari arah ‘belakang’ dengan alasan Icha mengalami masalah perut atau datang haid.

Jiran semakin curiga apabila terlihat fizikal sebenar Icha di rumah

Bangkai tidak dapat disembunyikan selamanya. Bukan sahaja Umar, jiran-jiran juga mula curiga dengan status sebenar Icha, terutamanya selepas mendengar keluhan Umar tentang masalahnya untuk ‘meniduri’ Icha secara normal.

Pada suatu hari, seorang penduduk melihat Icha di rumah tanpa tudung. Tubuhnya kelihatan tegap, gaya agak kasar, dan kesan janggut yang sudah dicukur jelas kelihatan pada dagu.

Umar bawa Icha ke balai polis

Jiran-jiran kemudian menuntut agar Icha diperiksa oleh pihak perubatan untuk menentukan jantina sebenarnya. Icha sempat menunjukkan surat pengesahan yang disertakan dengan cop rasmi dari sebuah klinik, namun klinik tersebut menafikan mengeluarkan dokumen tersebut.

Setelah dibawa ke balai polis oleh Umar, Icha akhirnya mengaku tentang penipuan yang dilakukan, termasuk pemalsuan kad pengenalan, nama sebenar, alamat tempat tinggal, dan ibu bapa yang menjadi saksi pernikahan mereka.

“Pada awalnya, saya hanya bergurau, tetapi ia berlarutan. Lagipun, di rumah saya ada masalah keluarga. Dua orang tua itu masing-masing dibayar untuk berpura-pura menjadi ibu dan ayah saya,” jelas Icha.

BACA: ‘Suami suka dera anak, semua anak dalam ketakutan kadang lari tumpan rumah kawan, 10 tahun mereka hidup dalam ketakutan’