Pastikan beli mesin basuh ada sticker ini jika tidak mahu bil …

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Seperti yang kita semua maklum, air sangat penting dalam kehidupan seharian kita.

Setiap hari, kita menggunakan air untuk pelbagai tujuan seperti mandi, mencuci pinggan, pakaian, kereta, minum, dan lain-lain lagi.

Oleh itu, adalah penting untuk mengambil langkah-langkah untuk menjimatkan air, terutamanya kerana bekalan air bersih semakin berkurangan.

Pastikan beli mesin basuh ada sticker ini jika tidak mahu bil …

“Selain itu, bayaran bil air bulanan juga makin meningkat.”

Jadi, bagi pemilik rumah, penting untuk memeriksa setiap barang yang ingin dibeli untuk memastikan ia dapat membantu menjimatkan penggunaan air.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengenalkan Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA).

Apakah itu SPPCA?

Skim Pelabelan Produk Cekap Air (SPPCA) atau Water Efficient Product Labelling Scheme (WELPS) merupakan usaha yang dilaksanakan oleh SPAN.

Skim ini menyediakan peluang kepada syarikat-syarikat untuk mendaftar dan melabelkan produk mereka sebagai produk yang berkesan dalam penggunaan air mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh SPAN.

Melalui label SPPBA, pengguna boleh mendapatkan maklumat tentang tahap kecekapan produk air tersebut.

Matlamat SPPCA yang telah diperkenalkan:

"Jika tidak guna produk ini, pembaziran akan meningkat" - Pastikan beli mesin basuh ada sticker ini jika tidak mahu bil ...

Tujuan SPAN memperkenalkan SPPCA adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan produk air yang berkesan serta mendorong penggunaan air secara bijak untuk kesihatan.

Selain itu, SPPCA juga menggalakkan gaya hidup mesra alam dengan menggunakan produk air yang berkesan, menyokong pembekal dalam pembangunan dan pemasaran produk air yang berkesan di Malaysia, dan menyokong penggunaan teknologi yang menjimatkan dan berkesan dalam penggunaan air di negara ini.

SPAN telah memilih lima produk di bawah SPPCA, termasuk pili air (termasuk pili basin, pili sinki, pili pancuran mandi dan pili wuduk), tangki tandas dwi simbahan, peralatan urinal, pancuran mandi, dan mesin basuh.

Bagaimana anda ingin tahu produk ada label SPPCA?

Caranya sangat senang, terdapat dua versi label SPPCA – satu versi penuh dan satu versi ringkas.

Untuk versi penuh, label berukuran 15.5cm x 9.5cm dilekatkan pada bungkusan produk.

Manakala label versi ringkas datang dalam dua saiz, iaitu 10cm x 6cm dan 5cm x 2.5cm, yang boleh dilekatkan atau digantungkan pada produk.

Selain itu, label ini juga menunjukkan penarafan bintang cekap air dengan nombor pendaftaran SPPCA yang mengandungi maklumat produk seperti jenama, model, dan kegunaan air.

Setiap produk akan diuji untuk tiga tahap kecekapan air (bintang).

satu bintang menunjukkan bahawa produk itu cekap air.

“Jika tidak guna produk ini, pembaziran akan meningkat” – Pastikan beli mesin basuh ada sticker ini jika tidak mahu bil …

Dua bintang bermaksud produk itu sangat cekap air.

“Jika tidak guna produk ini, pembaziran akan meningkat” – Pastikan beli mesin basuh ada sticker ini jika tidak mahu bil …

Tiga bintang pula menunjukkan produk itu dinilai sebagai yang paling cekap air.

“Jika tidak guna produk ini, pembaziran akan meningkat” – Pastikan beli mesin basuh ada sticker ini jika tidak mahu bil …

Menggunakan produk yang cekap air seperti yang diiktiraf oleh SPAN ini adalah untuk mengurangkan pembaziran air dan bil air yang tinggi.

“Jika kita tidak menggunakan produk cekap air, pembaziran air di rumah akan meningkat, terutama bagi keluarga yang ramai.”

Baca:“Mak baik betul, dari kecil nenek layan dia macam sampah tapi dia sayang nenek, tapi satu haritu mak tiba-tiba taknak ambil tahu pasal nenek”