Pasar Raya di Shah Alam kena denda RM70K selepas naikkan harga sayur

Pasar Raya di Shah Alam kena denda RM70K selepas naikkan harga sayur

Pasar Raya di Shah Alam kena denda RM70K selepas naikkan harga sayur. Sebuah pasar raya didenda RM70,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menaikkan harga sawi pendek dan cili merah pada November 2021.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey, berkata hukuman itu dikenakan atas kesalahan mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Beliau berkata, Hakim Rasyihah Ghazali memutuskan sedemikian selepas mendengar pengakuan bersalah oleh pihak pasar raya itu melalui wakilnya sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Mohd Zuhairi berkata, pasar raya itu sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa melakukan kesalahan menaikkan peratusan margin kedua-dua bahan makanan berkenaan.

Pasar Raya di Shah Alam kena denda RM70K selepas naikkan harga sayur
Beliau berkata, kes dibawa ke mahkamah susulan pemeriksaan dijalankan bawah Ops Pasar (Sayur-sayuran) di pasar raya itu pada November 2021.

“Didapati berlaku unsur pencatutan bagi jualan sekilogram sawi pendek sehingga menyebabkan kenaikan peratusan margin daripada 33.46 peratus kepada 41.77 peratus.

“Selain itu, sekilogram cili merah pula didapati berlaku unsur pencatutan sehingga menyebabkan kenaikan peratusan margin daripada 7.04 kepada 15.63 peratus.

“Penentuan pencatutan dibuat berdasarkan Peraturan 5(1), Peraturan-Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme Untuk Menentukan Keuntungan Tinggi Yang Tidak Munasabah) 2018,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya berharap kes berkenaan menjadi peringatan kepada mana-mana rantaian perniagaan supaya menjalankan aktiviti perniagaan secara beretika.

“Ini selaras peruntukan perundangan yang dikuatkuasakan demi mengimbangi keharmonian urus niaga antara peniaga dengan pengguna,” katanya.

BACA:

Dah lama hidup bermadu, Shikin Maembong kongsi pengalaman pahit manis

Terkejut pekerja jumpa lipan saiz gergasi di tempat kerja

CATEGORIES