Aku cuma nak luah je. Lately ni aku rasa macam bertambah sikit berat beban (kewangan)Suami aku kerja kerajaan. Aku pula swasta yang gaji ada masa berkepuk ada masa sendu.
Aku ada anak 2 orang. Aku pernah berhenti kerja lepas lahir anak sulung.Tapi mampu bertahan jadi suri rumah 2 tahun je.
Sebab tak tahan dipalau & direndahkan orang sekeliling. Aku takda duit bila teringin nak makan pape.
So bila aku nak start kerja tu. Suami aku okay je dengan syarat, anak nak letak mana, bayar berapa, urusan hantar ambil semua aku yang settlekan sendiri. Dia memang tak nak tahu.
Aku memang tak diberi nafkah dengan alasan dia dah sediakan rumah (atas nama dia), ada kereta dia juga tapi aku ada kereta aku sendiri yang aku bayar sendiri A to Z,
Makan pula aku cuma boleh claim kalau beli lauk basah sebab kata dia setakat tu je nafkah yang dia perlu bagi & aku perlu masak.
Dia juga kata bila aku keluar kerja duit makan duit minyak semua tu bukan tanggungjawab dia. Kalau aku penat tak boleh masak, makan luar satu keluarga aku yang perlu bayar.
Aku hantar anak aku yang first dekat private preschool & yang baby dekat private babyschool, memang fully cctv semua.
Dua orang ni sebulan aku bayar 1k+, yuran tahunan pula seorang dalam 2k. Sebab aku takut sangat² nak hantar kat pengasuh rumah orang.
Medical card, baju baru, mainan, jajan semua aku. Baru ni bersalin anak kedua pun segala persiapan barang baby, confinement lady, makanan pantang semua duit aku. Alasan aku yang nak anak, dia tak kisah pun.
Bila fikir balik aku sedih sebab anak kedua ni aku operation, anak sulung dulu normal pun bergunting berjahit. End up semuanya aku yang tanggung seorang.
Bila hitung dari awal kahwin, 7 tahun tak pernah sekalipun suami aku belikan aku baju raya, masa aku tak kerja aku takda baju raya baru walau sehelai.
Bila aku kerja aku beli sendiri untuk aku & anak. Dia akan beli sendiri dia punya kemudian ikut warna tema aku & anak.
Bila fikir baju raya yang aku beli tu pun bukannya berjenama ratus ringgit, tak sampai RM100 pun. Sedih! Makin aku fikir makin aku rasa kecewa.
Bab bercuti pun A to Z aku yang plan aku yang bayar. Tahun lepas 4x keluar negara semuanya aku yang sponsor satu keluarga. Dia cuma ikut & complain serba tak kena. Tak pernah sekali ucap terima kasih. Sedih!
Gaji dia ada dalam 5k, dia cuma bayar rumah, motor, personal loan kahwin (ni pun dia masih ungkit sebab minta hantaran 10k) tapi personal loan dia 50k aku yang disalahkan, bil api air, bil hp. Tu sahaja.
Benda lain macam penapis air coway, internet unifi ni pun aku bayar alasan aku yang nak.
Suami isteri yang lain pun macam ni ke. Aku penat, bila aku cakap dia akan ulang balik cakap aku yang nak kerja. Patutnya aku kena jaga anak & masak duduk rumah.
Tapi dengan kerja ni laa aku ada masa me time, kadang aku makan sedap² tanpa dia tahu waktu kerja, ada masa pergi mall bila kerja aku dh settle. Semua ni aku tak dapat kalau aku tak kerja.
Nak bercuti ke hotel pun takkan dapat sebab bagi dia duduk rumah lagi bagus tapi kalau aku sponsor A to Z dia yang heboh update status tayang pada orang.
Aku ni yatim piatu. Sebab tu kot dia tahu dia buat aku macam mana pun takpe.
– MayaSoufa (Bukan nama sebenar)
BACA: Berpura-pura sebagai security bank, perompak berjaya curi RM666600 dari bank