Pasangan suami isteri terkejut objek pelik berambut panjang atas siling, rupanya kepala anak sendiri!

Oleh MUHAMMAD KHAIRY JALALUDDIN

Dalam banyak filem seram, kita sering menyaksikan babak penampakan ‘hantu’ dengan rambut panjang yang menutupi kepala

Ia telah  mencetuskan rasa seram dan meremang di kalangan penonton.

Satu pasangan suami isteri mengalami kejutan besar apabila mereka sedar akan satu objek hitam yang dipenuhi rambut,

.Pasangan suami isteri terkejut objek pelik berambut panjang atas siling, rupanya kepala anak sendiri!

seolah-olah makhluk atau hantu yang menyeramkan sebagaimana yang sering dilihat dalam filem seram.

Pada awalnya, mereka berasa takut untuk memeriksa dan mendekati objek tersebut, namun kemudian mereka sedar bahawa objek itu sebenarnya adalah kepala anak perempuan mereka!

Rupa-rupanya kepala anak perempuan mereka terjebak dalam lubang siling dan lubang seluas 8 inci itu dibuat untuk memasang saluran ventilasi bagi kipas di antara dua tingkat kediaman mereka di Puding, wilayah Guizhou, China.

Anak perempuan mereka memasukkan kepala ke dalam lubang tersebut, tetapi malangnya kepala itu terjebak dan tidak dapat dikeluarkan.

Terkejut melihat keadaan anak mereka, ibu bapa tersebut segera memanggil bantuan dari pasukan Bomba untuk membantu mengeluarkan anak perempuan mereka dari situ.

Seorang anggota Bomba mencuba menolak kepala budak perempuan itu dari bawah, manakala seorang lagi cuba menariknya dari atas, namun cubaan pertama itu tidak berjaya. Mereka kemudian menyapu minyak sayur di kepala budak perempuan itu dan melakukan beberapa cubaan lagi sehingga akhirnya mereka berjaya mengeluarkannya.

Budak perempuan tersebut terjebak di lubang selama lebih kurang sejam, dan pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk membebaskannya.

Anak perempuan itu kemudiannya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan, dan syukurlah, tidak mengalami kecederaan akibat insiden tersebut.

BACA: Pemilik syarikat pencetak Harakah dah kritikal , Pas masih liat bayar hutang