Pasangan selamba buat transaksi RM34K guna telefon jumpa tepi jalan

Pasangan selamba buat transaksi RM34K guna telefon jumpa tepi jalan

Pasangan selamba buat transaksi RM34K guna telefon jumpa tepi jalan. Pasangan suami isteri yang masing-masing berusia 36 dan 24 tahun ditahan polis selepas didakwa melakukan transaksi perbankan menggunakan telefon yang ditemukan di tepi jalan.

Pasangan suami isteri itu memindahkan duit berjumlah 120 juta rupiah (RM34,045) menggunakan aplikasi perbankan yang terdapat dalam telefon pintar yang ditemukan mereka di Jakarta Selatan.

Beberapa jam selepas melakukan perbuatan itu, kedua-dua pasangan suami isteri itu ditahan di Stesen Pasar Senen, Jakarta Pusat.

Jurucakap polis, Mashuri berkata, pasangan suami isteri itu baru berkahwin.

“Kejadian itu bermula selepas mereka menemukan sebuah telefon pintar jenis Samsung Galaxy A3 di satu kawasan di Mampang.

Pasangan selamba buat transaksi RM34K guna telefon jumpa tepi jalan

“Selepas membuka telefon berkenaan, mereka menemukan aplikasi perbankang Bank Republik Indonesia (BRI) Mobile dan berjaya mengaksesnya menerusi kaedah lupa kata laluan.

“Suami isteri itu kemudiannya memindahkan duit berjumlah 120 juta rupiah ke akaun si isteri,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Jelas Mashuri, pemilik telefon bimbit itu kemudiannya membuat laporan polis selepas menyedari telefonnya hilang, selain mendapat notifikasi mengenai pemindahan duit berkenaan.

Polis berjaya menahan kedua-dua suspek berdasarkan maklumat perbankan.

Polis turut merampas empat buah telefon bimbit, tiga kad ATM, enam perhiasan emas dan wang tunai berjumlah lima juta rupiah (RM1,418) ketika pasangan suami isteri itu ditahan.

BACA:

Video Uqasha Senrose peluk cium adik ipar sendiri jadi kecoh

Baru kahwin 2 tahun, isteri kata Cat Farish dah lafaz cerai 3 kali

‘Data rakyat dah tak selamat’, menteri komunikasi sahkan maklumat terkini ini

CATEGORIES