Pasangan Malaysia kahwin di Siam meningkat lebih sekali ganda

Pasangan Malaysia kahwin di Siam meningkat lebih sekali ganda

Pasangan Malaysia kahwin di Siam meningkat lebih sekali ganda. Tempahan pasangan dari Malaysia berkahwin di Thailand meningkat lebih 100 peratus dari lima pasangan kepada 10 hingga 15 pasangan sebulan sejak pintu sempadan negara dibuka, baru-baru ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, individu yang menguruskan perkahwinan di Thailand dikenali sebagai Azizi berkata, sejak pintu sempadan dibuka, dia tidak menang tangan menerima tempahan termasuk dalam kalangan orang kenamaan (VIP).

Ekoran itu, katanya, dia masih menyusun slot dan mencari tarikh sesuai untuk pasangan menghalalkan hubungan mereka itu.

“Permintaan (tempahan) pada masa ini memang tinggi. Lazimnya saya hanya menguruskan antara satu hingga dua pasangan yang ingin bernikah di negara jiran dalam tempoh sebulan, namun menghentikan sementara operasi setelah sempadan negara ditutup akibat pandemik Covid-19.

“Saya banyak membantu menguruskan pasangan dari seluruh negara yang mempunyai masalah untuk bernikah di sana (Thailand) menerusi pihak berkuasa agama negara itu.

Pasangan Malaysia kahwin di Siam meningkat lebih sekali ganda

“Kebanyakan mereka mempunyai masalah untuk berkahwin di negara ini disebabkan beberapa faktor seperti halangan keluarga, terlanjur dan poligami tetapi mahu menyembunyikannya daripada pengetahuan isteri pertama,” katanya.

Azizi berkata, dia pernah membantu menguruskan pernikahan seorang individu bergelar Datuk yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand.

“Sesetengah daripada pasangan ini terutama mereka yang berprofil tinggi mencari orang persendirian seperti saya berbanding menggunakan ejen disebabkan risiko kebocoran ‘rahsia’ adalah lebih rendah.

“Harga standard ditawarkan bagi urusan pernikahan di Thailand adalah RM3,000 namun ada juga yang meminta ‘diskaun’ dan biasanya saya memberi potongan harga atas dasar membantu kenalan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi ejen yang enggan mendedahkan namanya berkata, dia tidak menolak kemungkinan ratusan tempahan sudah diterima membabitkan ejen-ejen nikah Siam ini.

“Kebanyakan pasangan ini sudah lama merancang melangsungkan perkahwinan di Thailand dan hanya menunggu pintu sempadan negara dibuka.

“Jika terlalu banyak tempahan diterima, saya terpaksa mengehadkan sedikit agar urusan perkahwinan pasangan di Thailand itu tidak terlalu padat,” katanya yang berpengalaman lebih 10 tahun menjadi orang tengah perkahwinan di Thailand.

Katanya lagi, sebelum pintu sempadan negara ditutup ekoran Covid-19 sebelum ini, lazimnya dia menerima 10 hingga 15 pasangan setahun.

BACA:

[Video] Buat aksi lucah di Tiktok, kumpulan Dolla dikecam

Video ‘pre-wedding’ Sofyank dah level lain ni

Durian runtuh..petani terjumpa berlian bernilai RM300K ketika gali tanah

CATEGORIES