Pasangan kekasih terkejut RM49.2 Juta tiba-tiba ada dalam akaun bank

Pasangan kekasih terkejut RM492 Juta tiba tiba ada dalam akaun bank

Pasangan kekasih terkejut RM49.2 Juta tiba-tiba ada dalam akaun bank. Pasangan kekasih di Australia dituduh mencuri kerana membelanjakan wang sebanyak AS$10.5 juta (kira-kira RM49.2 juta) yang diperoleh daripada kesilapan transaksi mata wang krypto.

Wang berkenaan diperoleh pasangan itu selepas menyedari jumlah tunai dalam akaun bank mereka meningkat dengan mendadak.

Malah, pasangan itu didakwa membeli empat rumah dan kelengkapan selain melangsaikan beberapa hutang lain.

Thevamanogari Manivel dan Jatinder Singh yang didakwa di sebuah mahkamah di Melbourne kemudiannya dibebaskan dengan jaminan.

Semuanya bermula pada Mei tahun lalu ketika sebuah platform mata wang krypto memasukkan wang berjumlah AS$100 (RM470) ke dalam akaun Manivel.

Pasangan kekasih terkejut RM492 Juta tiba tiba ada dalam akaun bank

Bagaimanapun, Manivel menyedari wang berjumlah RM49.2 juta yang dimasukkan kerana kesilapan sistem ketika transaksi dibuat.

Syarikat itu hanya sedar kesilapan yang dibuat ketika audit dijalankan pada Disember tahun lalu.

“Seorang pekerja di Bulgaria yang ditugaskan untuk memproses membayar semula dana pelaburan tersilap memasukkan nombor dalam sistem mereka,” kata Pegawai Pemantau Crypto.com Michi Chan Fores.

Wang itu kemudiannya dipindahkan ke dalam akaun bank pasangannya, Singh.

Lelaki itu bagaimanapun menganggap wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya adalah hasil kemenangan satu pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Namun, Fores mendakwa tiada sebarang pertandingan yang dianjurkan syarikat berkenaan.

Bagaimanapun, sebahagian wang sudah dipulangkan semula namun masih ada berbaki AS$3 juta (kira-kira RM14 juta) yang tertunggak.

BACA:

Video budak tumpahkan aiskrim dalam butik tudung jadi tular, “kerja Retail je faham”

Gadis melayu ni selamba tayang buah dadanya ketika ‘live’ di media sosial

Netizen kongsi pengalaman lalu Highway DASH, dakwa memang jimat masa

CATEGORIES