Pas setakat ini masih sokong PN, bergantung mesyuarat kabinet esok – Khairuddin

PAS akan meneliti hasil Mesyuarat Khas Kabinet yang dijadual berlangsung esok, sebelum menetapkan sebarang keputusan lanjut.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, bagaimanapun berkata pendirian parti Islam itu ketika ini masih bersama untuk mendukung kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Pas

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS berkata, ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, Ahli Parlimen dari parti Islam itu dan majlis syura berkenaan, semalam.

“Kita menegaskan dasar parti iaitu mempertahankan PN dan memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN). PAS kekal menjadi jambatan antara dua parti besar Melayu… PAS dan UMNO serta menjadi jambatan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Demi kebaikan negara dan politik bagi jangka panjang, parti besar Melayu mesti bersama sebab ia tonggak kepada kerajaan, disusuli parti lain yang mempunyai kepelbagaian kaum.

“Bagaimana kaedah memperkukuh MN itu adalah kerja dalaman PAS yang tak boleh didedahkan kepada umum, walaupun UMNO dan BERSATU dilihat tidak mencapai kesepakatan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/08/851455/pas-tunggu-hasil-mesyuarat-khas-kabinet-dulu

Baca Juga : Pro tawaran Muhyiddin, 2 ahli parlimen Dap terus dikritik

CATEGORIES