Pas berbangga MB Kedah dianugerah Laksamana Kehormat TLDM

Pas berbangga MB Kedah dianugerah Laksamana Kehormat TLDM

PAS Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor di atas penganugerahan Laksamana Pertama (Kehormat), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), baru-baru ini.

Pesuruhjayanya, Senator Ahmad Yahaya berkata, anugerah itu amat tepat berdasar pengalaman dan kebolehannya dalam bidang berkenaan.

“Pemimpin dan ahli PAS seluruh Kedah tumpang berbangga dan gembira dengan anugerah tersebut.

“Ini merupakan satu pengiktirafan TLDM terhadap Menteri Besar Kedah yang sememangnya berpengalaman dan berkebolehan dalam bidang terbabit,” ujar beliau dalam kenyataan di sini.

Berikutan itu, Sanusi kini merupakan Penaung Jawatankuasa Pendukung, Angkatan Sukarela Persekutuan, Negeri Kedah.

“Semoga pengiktirafan itu menjadi perangsang kepadanya untuk lebih kuat bekerja membangunkan Kedah dan mensejahterakan rakyat,” sambung Ahli Dewan Negara itu lagi.

Sanusi ketika belajar di Universiti Sains Malaysia bergiat cergas dalam Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Tentera Laut. Pasukan itu ditubuh secara rasmi di institusi pengajian terbabit pada 17 Februari 1980. – HARAKAHDAILY 12/2/2021

Berita penuh : https://harakahdaily.net/index.php/2021/02/12/pas-bangga-mb-dianugerah-laksamana-kehormat/