PAS akui PRK Pelangai bukan jalan yang mudah, sukar tarik pengundi dengar ceramah

Oleh INFORAKYAT

PAS akui agak sukar untuk menarik masyarakat setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai untuk hadir ke program ceramah politik

Yang dianjurkan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bermula 23 September lalu.

Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ini kerana faktor geografi atau keberadaan DUN Pelangai yang jauh dari kawasan bandar.

PAS akui PRK Pelangai bukan jalan yang mudah, sukar tarik pengundi dengar ceramah

Bagaimanapun, beliau melihat sambutan terhadap calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat termasuk libat urus diadakan agak memberangsangkan, meskipun berdepan kesukaran untuk menarik masyarakat setempat hadir mendengar ceramah yang diadakan di sekitar DUN Pelangai.

“Kita lihat Alhamdulillah sambutan kepada calon kita dan juga usaha kita untuk merampas DUN Pelangai ini agak memberangsangkan dari segi libat urus dan juga walkabout (jelajah mesra) yang kita buat serta program ceramah.

“Sebagaimana yang kita maklum bahawa kawasan itu agak tidak terdedah sangat dengan bandar membabitkan penganjuran program ceramah oleh mana-mana pihak, yang saya rasa tidak menarik perhatian.

“Kecuali kalau di peringkat besar macam malam tadi (ceramah dihadiri Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan tertinggi parti), ada keramaian di situ (FELDA Chemomoi),” katanya ditemui pada program Ceramah Perdana Pelangai Bersedia Berubah di Dataran Purnama di sini, malam tadi.

Pecutan terakhir berbaki dua hari sebelum hari mengundi Sabtu ini, Takiyuddin berkata PN akan mengadakan ceramah besar-besaran yang bakal dihadiri nama besar dalam kancah politik negara bersama berkongsi pentas dengan saf kepimpinan gabungan parti itu, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir adalah ‘penasihat tidak rasmi’ empat negeri ditadbir PN iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kita ada satu program Grand Finale pada malam Sabtu ini (Jumaat) dan dijangka hadirin akan lebih bertambah. Ia akan dihadiri Dr Mahathir; Tan Sri Muhyiddin; Menteri Besar Kedah, Datuk Seru Muhammad Sanusi Md Nor; Presiden GERAKAN (Datuk Dominic Lau) dan pimpinan lain,” katanya.

Mengenai peluang PN merampas kerusi DUN berkenaan, Takiyuddin berpandangan potensi parti dan lawan iaitu BN adalah sama rata.

Oleh demikian, beliau berkata program ‘pecutan’ terakhir yang dirangka pihaknya boleh memberi kelebihan kepada calon PN pada saat akhir.

“Kita merasakan peluang setara kita dengan pihak BN terutamanya. Tetapi kita mempunyai (program) pecutan terakhir yang kita rasa boleh memberi kelebihan kepada calon Insya-Allah,” katanya.

BACA: “Suami tak sengaja lafaz talak 3, aku dikahwin dengan ‘cina buta’, tapi suami cina buta layan aku bak puteri, aku dilema..”