Parti yang bertukar-tukar gabungan ibarat GRO yang suka berhibur

Parti yang bertukar-tukar gabungan ibarat GRO yang suka berhibur

Tular di media-media sosial dari semalam sebuah parti akan membantu dan memberi sokongan kepada Tun dengan kekuatan 18 Ahli Parlimennya di Dewan Rakyat.

Parti ini boleh bekerjasama dengan Tun serta DAP dengan syarat tanpa Parti Amanah Negara (AMANAH). Itulah lebih kurang ayat yang sedang tular di media-media sosial.

Inilah parti ibarat GRO yang selalu bersilih ganti asal ada untung dan mewah. Parti yang dulu ego hendak bersendirian yang akhirnya tak mampu berdikari. Mana yang bawa untung dia sapu, asalkan dapat kuasa dan jawatan di tangan.

Kuat iblis mengelilingi Parti ini walaupun ada malaikat yang bergema dari langit menurut seorang ulamak partinya. Banyak dah bangkai-bangkai yang parti ini telah tinggalkan.

Dahulu mereka berbangga dengan gabungan Pas-Ikatan Gagasan Sejahtera (PIGs) yang akhirnya ke mana pergi rakan gabungannya itu. Digantung tak bertali selepas mendapat janda bernama Muafakat Nasional demi menjaga maruah Perpaduan Ummah konon-kononnya.

Mungkin GRO-GRO dalam parti tersebut dah terasa bahang perubahan. Baru 3 bulan GRO parti ini nak enjoy dah di ganggu untuk berhibur.

Selamat berusaha wahai GRO parti.

COMMENTS