Parti mabuk di KL, setujukah PN kalau kita salahkan Menteri Agama?

Parti mabuk di KL, setujukah PN kalau kita salahkan Menteri Agama?

Makin menjadi-jadi kes mabuk masa PN perintah ni. Ye lah kan. Cina MCA dah dapat projek balik. Dah boleh yamseng. Menteri² PN sibuk agihkan ghanimah. Menteri Agama pulak tak tahu dia buat apa.

Bolehkah saya tulis macam di atas?

Jawapannya tak bolehlah kan sebab tak wajar kita nak kaitkan kejahatan individu dengan nama bangsa, parti atau menteri tertentu.

Sebab itulah kita tak boleh nak rasis atau mudah buruk sangka. Akhirnya nanti kita juga yang kena jilat ludah sendiri.

So jadilah rakyat yang cintakan keharmonian. Jangan taksub dan pemimpin bimbinglah pengikutmu dengan betul. Jangan bodohkan pengikut disebabkan kita nak sangat kuasa. Kelak buruk padahnya.

Sumber:

COMMENTS