Parti Islam di Tunisia tarik diri dari kerajaan, tolak amalan rasuah dan salahguna kuasa

Parti Islam di Tunisia tarik diri dari kerajaan, tolak amalan rasuah dan salahguna kuasa

Kerajaan Tunisia pada semalam mengumumkan keenam-enam menteri dari Parti Islam Ennahda (Renaissance) dipecat, lapor agensi berita Xinhua.

Keputusan itu diumum beberapa jam selepas Perdana Menteri Elyes Fakhfakh menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Presiden Kais Saied.

Fakhfakh akan memegang jawatan itu sehingga kerajaan baharu dibentuk, menurut kenyataan kerajaan.

Beberapa hari lalu, Ennahda, parti yang mempunyai majoriti di parlimen, membuat keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan pimpinan Fakhfakh.

Dengan memiliki 54 kerusi parlimen, parti itu baru-baru ini menyuarakan hasrat untuk meminta Fakhfakh berundur, kerana “konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa.” – Bernama

Berita penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/92400/GLOBAL/PM-Tunisia-letak-jawatan-enam-menteri-dipecat

COMMENTS