Para isteri take note ya! Ini tanda-tanda air mani cik suami sihat, pasti cepat lekat

Oleh MOHD FAHMI MUSTAQIM

Anda tidak dapat mengetahui kuantiti dan kualiti sperma anda hanya dengan melihatnya, kerana ia memerlukan pemeriksaan lanjut di hospital.

Namun, untuk mengenali tanda-tanda air mani yang sihat sebelum berjumpa doktor, anda boleh menilai melalui gaya hidup seharian.

Kesihatan yang baik dapat mempengaruhi sperma yang lebih sihat.

Oleh itu, mari kita lihat senarai di bawah mengenai tanda-tanda air mani yang sihat.

SUAMI RUPA YANG BIASA

Para isteri take note ya! Ini tanda-tanda air mani cik suami sihat, pasti cepat lekat

Berita baik untuk jejaka-jejaka di luar sana atau para suami yang memiliki wajah sederhana! Mempunyai wajah biasa tidak bermakna anda tidak menarik.

Penyelidik dari Sepanyol dan Finland mendapati bahawa lelaki yang dianggap tampan cenderung mempunyai kualiti air mani yang lebih rendah berbanding lelaki yang berwajah feminin.

Salah satu penyebabnya mungkin teori yang dipanggil “hipotesis tradeoff.” Teori ini menyatakan bahawa lelaki mempunyai jumlah tenaga tertentu untuk ditumpukan kepada sumber reproduktif.

Jika seorang lelaki menggunakan lebih banyak sumber untuk pengeluaran air mani, dia mungkin mempunyai kurang sumber untuk membangunkan ciri seksual sekunder yang menarik, seperti wajah maskulin, kata Jukka Kekäläinen, Ph.D.

MENYUKAI MAKAN IKAN

“Biar betul! Lelaki yang suka makan ikan mempunyai sperma berkualiti dan kuantiti yang tinggi?” Ini mungkin kedengaran meragukan, tetapi kenyataan ini disokong oleh penyelidik.

Penyelidik dari Universiti Harvard mendapati bahawa lelaki yang banyak makan ikan, terutamanya salmon dan tuna, mempunyai kepekatan sperma 65 peratus lebih tinggi berbanding mereka yang tidak makan ikan.

Jadi, beruntunglah jika anda mempunyai suami yang kaki pancing, kerana peluang untuk mendapatkan air mani yang sihat adalah tinggi!

SELUAR DALAM TIDAK TERLALU KETAT

Kajian 2012 dari U.K. mendapati bahawa lelaki yang memakai seluar boxer berbanding seluar dalam yang ketat adalah 24 peratus kurang berisiko mempunyai jumlah air mani yang rendah.

“Seluar dalam yang longgar boleh membantu menurunkan suhu skrotum dan meningkatkan kualiti sperma berbanding seluar dalam yang ketat,” kata pengarang kajian, Andrew Povey, Ph.D. Oleh itu, sebelum membeli seluar dalam suami, pastikan anda tahu saiz yang betul.

RAJIN PERGI GIMNASIUM

Menurut penyelidik dari Harvard, lelaki yang bersenam secara sederhana atau berat sekurang-kurangnya 15 jam seminggu mempunyai kepekatan sperma 73 peratus lebih tinggi berbanding lelaki yang tidak bersenam pada intensiti yang sama.

Beruntunglah jika isteri anda mempunyai suami yang rajin ke gym dan menjaga badan! Peluang untuk mendapatkan air mani yang sihat pasti cerah. Siapa yang tidak suka, betul tak?

BACA: Tak mungkin Australia hantar pembunuh Altantuya pulang, rupanya ini sebab Australia berbuat demikian