Papagomo pertahan Jakel sebab Jakel dah bertahun dapat projek UMNO

Papagomo pertahan Jakel sebab Jakel dah bertahun dapat projek UMNO

Isu video dari pemilik Jakel kerana hina Melayu masih belum berakhir. Di sebalik kisah itu terdapat pelbagai kisah yang terbongkar hubungan antara Jakel dan pemimpin di dalam negara.

Menerusi satu status yang telah dimuat naik oleh Andrian Lim Che Enn di Facebooknya;-

Kalau tak silap, bos Jakel bukan Melayu tapi Pakistan. Kalau tak silap lah. Tapi Jakel jugalah antara perniagaan-perniagaan yg paling disokong oleh UMNO sementara perniagaan-perniagaan Melayu lain dipinggirkan.

Sebab itu Pemuda UMNO seperti Papa Azri mati-mati mempertahankan Jakel, kononnya orang Melayu akan hilang kerja bla bla bla bla. Hakikatnya Jakel upah ramai warga asing. Bukannya orang Melayu yg ditolong pun.

Terdapat begitu banyak komen-komen dari netizen sehinggakan terdedah satu demi satu apa yang berlaku. Diantaranya komen dari ;-

Muhammad Yafi yang memberi komen:-
Tidak ramai yang sedar hubungan antara Najib Razak dengan Jakel, gedung pakaian terkemuka yang terletak di Jalan Masjid India sehinggalah The Wall Street Journal mendedahkan bayaran sebanyak AS$14 juta atau RM55 juta yang dibuat oleh Perdana Menteri kepada syarikat kain itu.

Persoalan lantas timbul, apakah bayaran sebanyak itu untuk pakaian Najib, isterinya Rosmah Mansor dan keluarganya yang dibekalkan oleh Jakel antara tahun 2011 hingga 2014 atau turut melibatkan pembelian-pembelian lain?

Sehingga ini masih banyak persoalan tidak terjawab mengenai untuk apa bayaran sebanyak itu dibuat oleh Najib, malah desakan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng agar Jakel menunjukkan resit-resit pembelian, hanya senyap begitu saja.

Bermula dengan menjual kain di Segamat dan kemudian melebarkan sayapnya ke Kuala Lumpur, hubungan rapat antara Jakel dengan Najib hanya bercambah sebaik saja beliau menjadi Perdana Menteri pada 2009.

Pada mulanya hubungan itu hanyalah sebagai pembekal kain dan ukur mengukur baju kepada Najib dan Rosmah saja. Lama-kelamaan apabila semakin selesa dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan Jakel, hubungan itu terus memasuki fasa yang tidak dijangka oleh syarikat itu sendiri.

Jakel adalah perniagaan keluarga dan salah seorang ahlinya yang berjaya menjalin hubungan rapat dengan Najib dan Rosmah ialah Nizam. Nizam inilah yang dulu hanya berurusan mengenai kain dan pakaian dengan Najib dan Rosmah, sama ada di kediamannya Seri Perdana atau di Jalan Duta, kini sudah berjaya melebarkan syarikat itu kepada bidang baru iaitu hartanah.

Menurut seseorang yang mendakwa kenalan rapat kepada keluarga Jakel, syarikat kain itu kini sekurang-kurangnya memiliki 22 keping tanah pelbagai saiz di Kuala Lumpur sejak tujuh tahun yang lalu.

Pemilikan tanah itu, kata kenalan tadi, kesemuanya diperolehi melalui hubungan rapat antara Nizam dengan Najib dan Rosmah.

Sehingga ini pun, Nizam selalu berkunjung ke kediaman Najib dan Rosmah, biasanya selepas jam 11 malam untuk pelbagai urusan perniagaannya, kata kenalan itu lagi.
Antara tanah bernilai tinggi yang berjaya dimiliki oleh Jakel melalui hubungan rapat dengan Najib dan Rosmah ialah tapak velodrome di Bandar Tun Razak dan sekeping tanah berdekatan JPJ Wangsa Maju yang pada asalnya telah diperuntukkan untuk perumahan kos rendah dan sederhana.

Tanah-tanah lain yang dimilikinya ialah di sekitar Setapak, Jalan Pahang, Jalan Loke Yew serta beberapa keping di kawasan Cheras.
Bermakna, selain berjaya menjual kain dengan bayaran sebanyak RM55 juta kepada keluarga Perdana Menteri, Jakel juga meraih keuntungan lumayan untuk masa depannya melalui pemilikan tanah yang berjaya dikumpulkannya itu.

Pemilikan 22 keping tanah itu pula setakat yang kita tahu, mungkin ia banyak lagi atau pun ada melibatkan perniagaan-perniagaan lain yang kita tidak tahu, kata kenalan itu lagi.

Makin hebat juga kisah Jakel ni….

Sumber: