Pantau lokasi pasangan atau anak anda dengan guna apps ini

Pantau lokasi pasangan atau anak anda dengan guna apps ini.Sebagai ibu bapa, isteri atau suami, kita sering kali risau tentang keberadaan ahli keluarga. Tambah pula kalau balik lambat dari sepatutnya, keluar tanpa beri tahu, hantar mesej tak dijawab pula.

Bukan apa kita bimbangkan keselamatan mereka, apatah lagi sekarang macam macam kejadian tidak diingini boleh terjadi. Bagi mengurangkan kerisauan ini boleh guna teknik memantau lokasi ahli keluarga yang dikongsi oleh Firdaus Yusoff. Hanya guna apps ini ujarnya, kita akan tahu ke mana saja insan tersayang kita berada.

Teknik pantau lokasi ahli keluarga secara percuma
Hari ini nak share satu teknik memantau lokasi ahli keluarga secara percuma. Sebab ramai sangat yang mengadu risau anak-anak di rumah atau ke mana-mana. Tambah pula time cuti-cuti Malaysia, ramai jalan berpecah semua entah ke mana tak boleh tracking.

Atau paling best, nak cari wife kat pasar malam atau pun nak monitor wife balik keje on the way.

Caranya;
1. Pinjam handphone anak sekejap, 10 minit je.

2. Masuk app MAP, dan ‘ONkan’ location sharing.

3. Share location kepada alamat gmail handphone kita. Selesai.

4. Selagi GPS handphone anak on, dan ada data, kita boleh tengok location mereka di Google Map handphone kita.

5. Buat buat di handphone pasangan juga, caranya pun sama.
App MAP ye bukan GOOGLE.

Boleh buat untuk tujuan memantau keselamatan ahli keluarga ya.
TONTON :

BACA:

“Mati-mati saya ingat scammer, rupanya betul dapat Proton Saga!”

Wajah gadis buat tutorial tudung seiras Neelofa, tapi lain pula yang netizen komen

Buat tempahan untuk 60 orang sekali tuan badan tak datang, menangis tokei restoran melayu ni..

CATEGORIES